WOW! Fibre Broadband 200 Mbps pada bayaran $45.75 sebulan ?

BroadBand_Plans_SingTel_-_2014-09-03_20.31.36

DIMANA ? BILA AKAN BERMULA ? MACAMANA SIGN-UP DENGAN TELBRU ?

Telbru ? Mungkin 20-30 tahun akan datang baru dapat mencapai seperti plan diatas. Sedangkan plan Fibre To The Home dengan kelajuan yang mengaibkan dan harga yang membunuh seperti 5Mbps ($105)? – 30 Mbps ($465) pun masih terkial-kial untuk disebarkan keseluruh kawasan Brunei & Muara apa tah lagi seluruh Brunei walaupun peruntukan lebih $200 juta sudah disediakan. Pernah ku bertanya kepada kaunter di Tanjung Bunut, bila agaknya FTTH ini diadakan dikawasan MUKIM LUMAPAS khususnya KAMPONG LUPAK LUAS. Katanya, Insya Allah tahun ani. Berapa lama masa lagi diperlukan ? Kenapa inda mau menimba pengalaman daripada negara jiran yang dapat meningkatkan teknologi internet mereka dalam masa beberapa bulan sahaja ? Menunggu dapat jumpa supplier yang jual barang lebih murah atau menunggu rombakan jawatan dibuat terlebih dahulu ? Kerana lazimnya bagi syarikat korporat yang mahu maju, mana-mana director, CEO, pekerja yang tidak mendatangkan kemajuan akan ditukar dengan seberapa segera. Sebab itu syarikat korporat besar seperti Microsoft, Apple dan syarikat-syarikat dibarat sentiasa maju. Kajian perlu dibuat untuk menyelidik kenapa perkembangan teknologi internet dinegara kita yang tercinta ini TERLALU LAMBAT bergerak dibandingkan negara jiran. Mungkin ada yang sudah merasa amat selesa menerima gaji ribu-ribu setiap bulan walaupun internet masih ditahap perlahan. ” Ah! aku peduli apa. Hujung bulan gaji tetap masuk”, mungkin seperti itu kata-katanya.

Anyway, plan diatas dicopy dari SingTel, Singapore. Jadi, inda ada harapanlah kitani akan sempat menikmati kelajuan internet mengikut peredaran zaman. Kitani sentiasa ketinggalan dalam teknologi internet. Yang cepat hanyalah tuntutan bayaran bil. Jika pengguna terlebih pakai walau sehari sekalipun, akan dituntut juga. Tetapi yang peliknya, jika network Telbru lost connection hingga pelanggan pun tiada sambungan internet, tidak ada pula pampasan atau diskaun dalam bil. Ini contoh tidak tahu hukum halal haram.

Plan dari STARHUB lagi cantik. Internet pada kelajuan 500Mbps hanya $69.90 sementara 1Gbps $395.90 sebulan. Kalau disini, plan 1Gbps mungkin pada 30-50 tahun akan datang. Kalau inda tekabir, berilah peluang pada syarikat luar yang lebih bepengalaman membuat pelaburan internet di Brunei.

This entry was posted in Internet, Kurapak and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.