Warga Brunei kemalangan ngeri di Sabah

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Pengarah Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), SAC Pengiran Sulaiman bin Pengiran Haji Mohammad hari ini mengesahkan dua lelaki dan empat orang wanita warga Brunei meninggal dunia manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan, Tuaran, Sabah.

Tiga daripada yang meninggal dunia sudah dikenalpasti sebagai Abdul Manan Ishak, 50, Pengiran Zahama Zainal, 61 dan Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61, menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang.

Dua lagi hanya dikenali sebagai Faridah, 60 dan Sapawi, 60 manakala identiti seorang lagi wanita belum lagi dapat dipastikan.

Menurut Tan, terdapat enam mangsa yang kritikal, 12 semi kritial dan sembilan mengalami kecederaan ringan.

Seorang mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuaran, sementara tiga ketika menerima rawatan akibat kecederaaan parah di kepala dan badan.

Dua meninggal dunia di tempat kemalangan akibat tersepit dalam bas, menurut laporan agensi berita Bernama.

Bas berdaftar KJ3067 itu dilaporkan membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong ke Sabah semenjak 16 Disember lalu dan dalam perjalanan pulang dari Tawau ke Kota Kinabalu sebelum dijadualkan berlepas pulang ke tanah air esok

Kemalangan berlaku apabila pemandu bas dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggar sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, menurut Bernama.

Kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

 

Sumber: MEDIA PERMATA, Rabu, 21 Disember 2011.

P/S: Pihak Tour and Travel hanya tahu mengambil untung tapi mengabaikan maintenance kenderaan bas sebelum perjalanan.

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.