WANTED $00.00 – Muhammad Malik Gerhana

 

Masa ni orang sedang heboh dengan pesalah yang juga perompak telah terlepas dan melarikan diri. Muhammad Malik Gerhana (Geng USOP) 32 tahun, rakyat Indonesia yang berasal dari Lombok Timur, Indonesia telah berjaya melepaskan diri dari 2 orang CID (penyiasat) yang membawa ia pada pagi Isnin jam 5.20 am. Kedua-dua CID tersebut dilaporkan kapisan ditumbuk oleh Malik. Muhammad Malik Gerhana dipercayai adalah sekumpulan 7 orang perompak bersenjata merbahaya yang telah merompak sebuah rumah di Kg Sungai Teraban, Belait pada tengah malam 20 April 2011 .

Menurut dalam laporan akhbar Brunei Times, PEMANGKU Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penguasa Kanan Pengiran Md. Roslin bin Pengiran Haji Bakar menjelaskan, ketika kejadian melarikan diri berlaku, tertuduh TIDAK DIGARI oleh CID tersebut. Tidak diketahui atas sebab apa tertuduh tidak digari.? Disini berlaku kecuaian. Lazimnya dinegara-negara luar, tertuduh atau penjenayah akan digari ketika diiringi penyiasat.

Sekarang pihak berkuasa sedang sebok mengadakan rondaan dan road block. Orang awam juga dinasihatkan supaya melaporkan sebarang kehilangan terutamanya pakaian dan makanan kerana tertuduh amat memerlukan barang-barang ini. Jika biskita terlihat mana-mana orang berwajah Indon yang disyaki, sila jangan malu dan segan untuk menghubungi 993 atau Unit Task Force at 8889993 dan tiada sebarang hadiah akan diberikan atas maklumat awda.He he he..

 

P/S: Biasalah indon, dimana-mana pun durang akan buat hal. Pergilah merompak dinegara sendiri. Menurut cerita orang ramai, kononnya si Malik ani fasih berbahasa Brunei.

Sumber:

http://www.bt.com.bn/opinion/2011/05/10/editorial-getting-help-public-fight-crime
http://www.bt.com.bn/news-national/2011/05/10/gang-robbery-suspect-escapes
http://www.bt.com.bn/news-national/2011/05/11/escaped-suspect-was-not-cuffed
http://www.bt.com.bn/news-national/2011/04/26/police-nab-alleged-gang-robbers
http://www.youtube.com/watch?v=Egs7Oipo7Tc

INTERPOL

Update: Menurut cerita orang ramai, Muhammad Malik Gerhana atau Usop ada kelihatan membeli barang dikedai Lumapas pada hari Rabu 11 Mei tetapi telah melarikan diri apabila menyedari ia diperhatikan orang ramai.

Update: Usop sudah berada di Miri.

This entry was posted in Berita / News, Jenayah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.