Waktu khidmat Bahagian Pasport dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis ? Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengumumkan tambahan waktu perkhidmatan bagi Bahagian Pasport atau Dokumen Perjalanan di pejabat cawangannya di Daerah Tutong dan Temburong pada setiap hari Jumaat bermula 5 Disember hingga 2 Januari 2015.

Penambahan waktu perkhidmatan itu akan bermula pukul 8.15 hingga 11.30 pagi. Waktu perkhidmatan Bahagian Pasport di ibu pejabatnya di Jalan Menteri Besar di ibu negara dan di pejabat cawangan Daerah Belait telah pun ditambah pada setiap Jumaat bermula 12 September lalu hingga 2 Januari depan.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini turut menasihatkan orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutama semasa musim percutian sekolah yang menggunakan pos kawalan Imigresen melalui jalan darat supaya dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah. Ini adalah bagi menggelakkan perjalanan mereka terperangkap di deretan kenderaan yang panjang.

Sementara itu pihak jabatan turut memaklumkan waktu operasi bagi pos kawalan melalui jalan darat seperti Kuala Lurah, pos kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Pos kawalan Imigresen Labu dan Kompleks Pemeriksaan Imigresen Ujung Jalan akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat ke luar negara supaya dapat merancang dengan bijak dan lebih awal membuat permohonan pasport bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan di bahagian dokumen perjalanan.

Sumber: http://mediapermata.brunei-online.com/index.php/2014/12/waktu-khidmat-bahagian-pasport-dilanjutkan/

Leave a Reply