Ugut sebar gambar bogel

Apa sudah jadi dengan orang kitani ani. Yang bini-bini, asal saja bercinta mulalah mau kena gambar berbogel. Kena pujuk rayu oleh silelaki, mulalah hati cair rela dirakam berbogel. Kononnya sebagai bukti cinta. Macam inda tau saja, bila sudah putus cinta, gambar-gambar tadi bakal digunakan oleh ex-lover untuk balas dendam. Jangan kita terikut-ikut dengan orang Malaysia yang mula-mula rakam gambar, lepas tu rakam video adegan ranjang pula.

Sipengugut pula seorang lelaki dan seorang perempuan macam orang kelaparan usin. Mahukan bergaya beli mekap beli video game, rem kereta tapi papa kedana. Akhirnya buat cara haram ugut orang untuk dapatkan duit haram. Macam inda tau hukum hakam. Akhirnya masuk jel. Padan muka (termasuk simangsa).

Sedutan dari akhbar MEDIA PERMATA, Isnin 26 disember 2011:

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Seorang wanita, 22, telah menjadi mangsa peras ugut yang dilakukan oleh sepasang belia yang juga merupakan rakan online mangsa.

Dalam kejadian peras ugut yang dilaporkan pada 18 Disember 2011 di Balai Polis Berakas pukul 10.55 malam itu, suspek (Dk Ratikah binti Pg Sabli dan Mohammad Azri bin Hj Mohd Salleh) disyaki memeras mangsa menggunakan gambar bogel yang telah dihantar kepada teman lelakinya, 29, salah seorang daripada pesubahat yang memeras ugut mangsa.

Kedua-dua suspek mereka cerita kononnya akan menyebarkan gambar bogelnya dan memaksa mangsa membayar mereka untuk menutup cerita itu.

Mangsa yang bekerja di sebuah hotel di Jerudong membuat pertemuan dengan kedua-dua suspek untuk membayar mereka dan pemerasan itu berjalan selama 10 bulan sejak Februari 2011 yang mana mereka mengutip sekitar $100-$200 daripada mangsa dan sudah memeras hampir $2,000.

Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditangkap Pasukan Polis Diraja Brunei cawangan Berakas pada 19 Disember.

Mereka mengakui wang hasil peras ugut itu digunakan untuk membeli barangan seperti rim kereta, beg tangan dan konsol permainan video.

Tertuduh didakwa di mahkamah pada 20 Disember dan dijatuhkan hukuman pada 24 Disember.

Tertuduh perempuan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua bulan sebagai ganti hukuman sebat. Manakala tertuduh lelaki dihukum penjara dua tahun dan sekali sebatan. Mereka juga diarahkan memulangkan wang $1,200 kepada mangsa dan $400 sebagai ganti rugi.

Artikel berkaitan:? BORNEO BULETIN, BRUDIRECT & BRUNEI TIMES.

This entry was posted in Berita / News and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.