Tercemarnya keunikan orang Brunei

Aku bangga menjadi orang Brunei. Orang Brunei memang unik. Diantara keunikan orang Brunei ialah boleh memahami bahasa Malaysia dan Indonesia. Kalau orang Malaysia, Singapura atau Indonesia bercakap, NO PROBLEM kita boleh faham. Cuba kalau orang Brunei bercakap dengan orang Malaysia khususnya dari Semenanjung (bukan Borneo) dengan menggunakan bahasa Brunei, mesti durang akan jadi pening lalat. Satu lagi keunikan SEBAHAGIAN orang Brunei ialah sikap menghormati orang luar dengan seboleh-bolehnya berbahasa seperti mereka. Contohnya, jika orang Brunei berjumpa tetamu orang Malaysia, orang Brunei akan cuba berbual dengan menggunakan bahasa Melayu yang orang Malaysia sebut sebagai Bahasa Malaysia. Jika berjumpa orang Indonesia, orang Brunei akan cuba berbual mengikut slang bahasa Indonesia. Tapi, cuba jika orang Brunei pergi melancng ke Malaysia, Singapore atau Indonesia, jangan harap durang akan berbual dengan orang Brunei dengan menggunakan bahasa Brunei. Haram sepatah pun.

Namun malangnya, keunikan orang Brunei dengan bahasanya kini sudah semakin tercemar. Siapa pencemarnya ? Mereka bekerja dibahagian Media RTB khususnya para Deejay radio 91.4 FM dan pelakon-pelakon drama dan juga deejay Kristal FM 90.7. Akhir-akhir ini semakin berleluasa penggunaan bahasa Malaysia didalam Radio dan drama tempatan. Seringkali kedengaran mereka menggunakan perkataan seperti SAYE, KENAPE, DIE, JUGE, ADA KE dan sebagainya yang mana ini adalah dikira sebagai bahasa melayu asing di Brunei. Bahasa Melayu (standard) Brunei tidak pernah menyebut SAYA menjadi SAYE, MENGAPA menjadi MENGAPE. Sikap terikut-ikut atau terpengaruh dengan bahasa Malaysia ini sebenarnya amat memalukan dan menunjukkan tiada semangat patriotik pada bangsa dan negara sendiri. Aku sendiri pernah terbaca blog orang Malaysia yang mengucap-ngucap Deejay kitani yang terpengaruh dengan bahasa Malaysia, sayangnya link blog atu tidak disave dalam favorite. Orang Malaysia sendiri inda pernah terhegeh-hegeh kan menggunakan Bahasa Brunei tetapi pihak media RTB kitani pulang yang terasi-asi kan menggunakan bahasa Malaysia.? Apabila durang cuba meniru bahasa Malaysia ketara sangat out, bida dan buruk. Sungguh memalukan.

Diharap pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dapat membuat teguran bernas khususnya pada RTB supaya jangan berterusan merosakkan penggunaan Bahasa Melayu di Brunei. Dalam radio rangkaian 92.3FM seringkali dilaung-laungkan supaya kitani menggunakan bahasa melayu ketika berurusan namun pada masa yang sama dirangkaian Pelangi 91.4FM para Deejaynya sebok menggunakan BAHASA MALAYSIA.? Bagi Deejay yang masih perasaan dirinya macam orang Malaysia atu kalau teluan matingal atau degil jua lakat, suruh tia berhijrah ketempat yang kan ditirunya atu.

P/S: Sengaja ku campurkan bahasa pertuturan Brunei disini supaya orang luar pening lalat membaca.

This entry was posted in Kurapak and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.