Tag Archives: telbru

Telbru – Ebill dan email @brunet.bn sudah kecundang

Kali terakhir dapat terima email dari @brunet.bn pada 23hb Jun 2015. Laman web EBILL pun kecundang hancur lebur pada waktu yang sama tidak dapat dimasuki sehinggalah sekarang. Jadi, tidak dapat melihat bil dan tidak dapat membuat pembayaran online. Apakah tindakan Telbru dalam hal ini ? Berapa minggu atau bulan lagi diperlukan untuk memperbaiki sistem tersebut ? Biasanya kalau diluar negara atau negara jiran hanya 1-2 hari saja sudah siap.

FTTH Harga termahal didunia

Setelah sejak dari tahun 2010 FTTH dikatakan sudah siap, akhirnya barulah diakhir tahun 2012 ini permohonan FTTH dibukakan. Ingat, permohonan baru dibukakan dan tidak bermakna awda akan terus dapat FTTH ini sebaik saja mengisi borang. Perlu berawas juga dengan perkataan UP TO yang tertulis. Itu menandakan awda tidak akan mendapat speed sepenuhnya. Aku masih ingat lagi sewaktu membuat permohonan eSpeed, hanya dipasang sebulan selepas pembayaran dibuat. Belum lagi kesalahan mereka mencharge ikut plan korporat untuk plan rumah. Harga FTTH pula, Subhanallah, sungguh membari ijap melihat. Up to 30 Mbps pada harga $465 ? Barangkali inilah plan FTTH yang termahal didunia ataupun di Asia. Apa nak jadi ?

Yang berminat untuk melanggan silakan memohon di http://www.telbru.com.bn.

DAHSYAT – Bil Espeed $238.00 sebulan.

DAHSYAT. MEMANG DAHSYAT. Bila ku check bil melalui online www.telbru.com.bn, bil eSpeedku bagi bulan September saja $238.00, belum termasuk bil telefon $18.00 dan jumlah tertunggak bulan lepas. Langganan eSpeed paling tinggi pun $125.00 bagi kelajuan 5Mbps. Tapi aku subscribe Super Surf Plan 3.5Mbps $85 sebulan. Persoalannya, berapakah kelajuan yang akan ku dapat dengan membayar $238.00 sebulan ? 100Mbps ?

Berdasarkan pengalaman lalu, apabila melibatkan masalah bil Telbru, aku akan terpaksa menelefon balik-balik dan kitani terpaksa mengaga durang pulang walaupun Telbru yang buat kesilapan. Sepatutnya pakai Telefon pun sudah cukup memandangkan durang adalah penyedia servis telefon di Brunei. Setelah 2,3 bulan baru masalah bil akan diperbetulkan. Aku cuba telefon 3 kali bahagian billing 2322003 pada hari Sabtu 10 Sep 2011, jam 3.30 petang langsung inda berjawap. Sudah balik barangkali atau sedang sebok berhariraya menjamu selera dalam opis. Agaknya berapa bulan masalah ani akan selesai ?

Update: Pada hari Isnin 12 sp 2011, jam 9.30 pg aku telefon lagi ke 2322003 minta sambung kebahagian bil. Ada bini2 menjawap dan menerima komplen. Ia cakap akan menghunbungi balik apabila dibuat adjusment pada bil. Sampai hari ani tiada sesiapa pun dari Telbru ada menelefon balik. So, inda tau apa ceritanya dan masalah ani. Cemana kan membayar ? Kalau terlambat bayar, kena interest 1%.

Test kelajuan eSpeed

Ini adalah test kelajuan sambungan internet eSpeed Lite Surf $88 yang kononnya dedicated 1.5Mbps. Test dibuat pada waktu subuh jam 5.00 pagi waktu Brunei GMT+8.00. Waktu dalam screenshot mengikut jam server speedtest.net (USA). Test server Telbru (Brunet) sendiri. Sepatutnya dapat full speed 1.5Mbps sebab test dalam negeri dan duit langganan dibayar FULL. Alasan seperti kononnya website sebok langsung tidak dapat diterima sebab test dibuat waktu Subuh.

ESpeed – Upgrade bandwidth ?

Pada 1hb April 2010, TELBRU memaklumkan telah mengupgrade kelajuan broadband espeed secara percuma. KONONNYA, eSpeed Lite Surf yang kubayar $88 sebulan akan diupgrade dari 640Kbps kepada 1.5Mbps (1536Kbps). Sebelum upgrade, espeedku selalu mendapat full speed 640Kbps dan ada masanya terlebih menjadi 641Kbps atau 645Kbps disebabkan stesyen Exchange Telbru inda jauh dari rumah. Selepas upgrade ? Kelajuan eSpeedku paling tinggi pun setakat 1385Kbps saja. Kenapa inda dapat full ? Espeed ani FIXED SPEED yang pakai wayar, yang kononnya inda share, bukan macam wireless broadband yang ada saja gangguan dan sharing dengan pulohan pengguna disekitar.

Sudah dibuat report pada 121, tapi jawapan yang diterima adalah nonsense. Kononnya website yang diaga atu memang sebok masa tu, kononnya masa tu cuti sekolah, pelajar banyak menggunakan. Semuanya nonsense sebab, website yang diaGa atu adalah SPEEDOMETER (Flash) & BANDWIDTH METER, tempat mencheck kelajuan bandwidth yang menggunakan server dalam negeri Brunei jua. Waktu mencheck jua adalah ditengah malam, 3.00 pagi dan ada masanya waktu subuh. Inda mungkin ramai orang surfing arah SPEEDOMETER masa tu jua. Hal ani berlaku sejak dari bulan April lagi, sebelum cuti sekolah penggal kedua. Bayangkan, kalau dalam negeri pun sudah speed inda cukup apa tah lagi kalau surfing website pakai server luar negeri.? Operator jua memaklumkkan akan menghubungi technician espeed yang mana sampai sekarang masih belum muncul. Belangau menunggu.

Screenshot dibawah.

Continue reading

Speed on demand – Indah khabar dari rupa

Kalau tidak silap pada bulan Okt 2009, TELBRU memaklumkan servis terbaru durang SPEED ON DEMAND dimana KONONNYA pelanggan boleh TOP UP kelajuan internet menjadi selaju 2Mbps. Nampak menarik tapi ternyata indah khabar dari rupa. Sehingga sekarang servis tersebut masih tidak berfungsi dan langsung tiada makluman dari TELBRU bila ia boleh digunakan. Sila check di http://www.espeed.com.bn dan tekan link yang bernama Speed on Demand. Semoga terbuka mata pihak berkenaan untuk membuat pembetulan. Lihat screenshot dibawah.

P/S: Apa nya orang ? KIBAR tu.