Tag Archives: RPN

Rumah RPN Kg Panchor, Mengkubau RETAK SANA SINI

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.

Setelah dua kali permohonan minta tukar rumah kembar lain ditolak mentah-mentah oleh JKP (Jabatan Kemajuan Perumahan), mau inda tau terpaksalah rumah retak itu diterima. Penerima/Pembeli?dipaksa jua membeli rumah rosak. Dari segi hukum muamalat Islam pun jual beli ani dikira inda sah. Rumah rosak dibayar pada harga penuh. Aku bukan mau minta turunkan harga tapi aku mau ganti rumah lain yg lebih selamat. Ini rumah teruk, rumah merbahaya tapi pihak JKP tidak peduli, tidak kisah. Sebab gaji tetap masuk. Bukti tidak kisah yang lain, cubalah hubungi talian JKP 2382145, nanti mesin yang akan menjawap suruh tekan 0 (kosong)?untuk minta bantuan operator. Ditekan 0, sampai bila2 pun tiada manusia yang menjawap. Operator JKP patut ditukar dengan seberapa segera. Terlalu pemalas. Yang peliknya, bila ditelefon ke Tkt 5, pekerja perempuan tu memaklumkan dia ada mendengar telefon operator berbunyi. Kenapa tiada manusia menjawap ? Paling bodoh sekali, pintu dapur jika dibuka akan buka keluar, bukan kedalam seperti yang sepatutnya. Ini akan memudahkan pencuri mengopak dari luar. Sama ada arkitek yg bodoh atau contractor. Apakah pihak Jabatan atau Kementerian sebelum ni tiada membuat pengawasan ? Nampaknya seperti, Ya. Yang menjadi mangsa ialah pemohon seperti kami yang menunggu dari tahun 1999. Enam belas?tahun menunggu tiba-tiba dipaksa juga menerima rumah retak. Yang terkemudian memohon pula dapat rumah yang tidak retak. Apabila dipohonkan pertukaran rumah, JKP tetap KERAS KEPALA tidak mau menerima. Bukan paksaankah namanya itu ?

Pihak Kementerian berkenaan sepatutnya membukakan tawaran kepada pemilik2 rumah RPN yang TERTIPU & TERKENA rumah retak supaya dapat memohon membuat pertukaran dengan rumah lain. Wajib diadakan perjumpaan atau musyawarah didewan Muhibbah untuk mengatasi masalah ini. Jangan hanya tau duduk beraircond dalam bilik tanpa ada keinginan untuk mengatasi masalah ini.

Berikut adalah contoh keretakan rumah. Ya, keretakan ini mungkin dengan mudah boleh ditampal. Menampal hanya menyembunyikan masalah sebenar selagi punca keretakan masih wujud, misalnya tanah inda rata, rumah ditepi bukit, rumah TIADA PILING, keretakan akan berlaku lagi. Mungkin setahun, 3 tahun, 5 tahun yang mana ketika itu tiada warranty lagi. Pemohon lain yang rumah mereka diatas tanah yang rata bolehlah selesa hidup mereka sementara pemohon yang mengalami masalah RUMAH RETAK akan sentiasa merasa bimbang. Dimanakah keadilan ?

IMG_0838? IMG_0840 IMG_0843 IMG_0844 IMG_0845 IMG_0847 IMG_0849 IMG_0850 IMG_0851 IMG_0852 IMG_0853 IMG_0854 IMG_0855 IMG_0857 IMG_0858

Ini adalah contoh perniagaan atau jual beli yang paling teruk didunia. Orang ramai atau pembeli dipaksa untuk mengambil rumah retak dengan bayaran penuh jua. Tidak ada KHIAR (Pilihan) seperti yang ada dalam hukum Muamalat Syariah. Juga melanggar peraturan Sivil yang mana pelanggan berhak mendapat rumah yang sempurna bersesuaian dengan bayaran penuh. Kemungkinan besar Pihak Perumahan amat jahil dengan hukum hakam dan sepatutnya diadakan kursus bimbingan agama di Jabatan tersebut setiap suku tahun untuk mendidik durang takutkan Allah swt.

Menunggu Jabatan Kemajuan Perumahan Meeting ?

IMG_0657 20150320_171524

 

Aku pemohon perumahan RPN 1999 yang sepatutnya menerima rumah tahun ini. Ikuti kisah pasal perumahan ani. Pada hampir pertengahan (10-15) bulan March 2015 telah tersebar berita memberitahu ada taklimat bagi pemohon RPN 1999. Para peserta telah dihubungi melalui telefon diminta mengambil surat. Malangnya, aku langsung tiada menerima panggilan telefon dari Jabatan Perumahan. Kengalihan menelefon kali durang atu atau sebok bejual kain. So, aku cuba telefon ke Jabatan Perumahan 2382145. Biskita bernasib baik kalau telefon Jabatan Perumahan dijawab manusia. Aku cuba menelefon dari jam 9 pg – 10 pg,? hanya mesin saja yang menjawap meminta tekan 0 untuk bantuan. Jadi, atas nasihat kawan2 dan keluarga, aku datang terus saja kesana mengambil surat taklimat dan borang yang perlu diisikan dan dihantar kemudian.

17.03.2015 – Taklimat bagi peserta dan penjamin. Dalam surat peserta di minta hadir 7.45 pagi tapi AJK sendiri ada yang baru sampai kedewan 8.30 pagi. Acara bermula menjelang pukul 9.00 pagi. Ketika ini ada disebutkan oleh pengacara atau host bahawa setiap rumah ada dipasang 3 phase karan. Juga disebutkan 3 phase itu adalah standard sekarang. Banar pulang. Rumah kampung dulu2 ganya kali pakai 1 phase (fius). AJK yang jadi pengacara diharap jangan mengulahkan orang ramai macam kanak2. Jangan kambang2an menyebut orang sebagai “lai”. Bukannya adi2mu tu. Orang berebut mengambil borang Air pasal biasanya kena sediakan inda pandai cukup. Buktinya, lepas taklimat indaku ampit borang Air atu. Orangnya pun indada lagi. Munku tau, ikut berabut ku jua.

18.03.2015 – Acara mengundi rumah. Macam kemarin jua peserta diminta datang jam 7.45 pagi tapi AJK ada yang baru masuk 8.45 pagi. Aku TERKENA Rumah Kembar di Kampong Panchor, Mengkubau, Menitiri. Kenapa dapat rumah Kembar ??? Dulu aku kena maklumkan, mana2 pekerja kerajaan yang scale gaji $1500 keatas akan dapat rumah sebuah. Sebelum mengundi, tiba-tiba kena maklumkan yang phase karan hanya dipasang satu saja. Aik! sudah terbalik dengan kenyataan kemarinnya. Siapa mau 3 phase, kena memohon lagi. Kemarin jua cakap 3 phase atu standard. Kenapa lagi dipohonkan, pasang terus tia 3 fius phase atu. Ketara bahagian Perumahan atau Menteri sendiri inda membuat pemeriksaan pada setiap rumah. Kes sambil lewa. Aku mengambil undi dan terpilih rumah dikawasan Jalan Bukit Sinadur.

Beberapa hari kemudian, apabila dibuat pemeriksaan, rumah dikawasan bukit tersebut SANGAT TIDAK SESUAI DIDIAMI. Rumah berhampiran bukit. Dibelakang rumah pada dinding ada kesan air tanah naik 2 kaki. Bayangkan setiap kali banjir, air turun dari bukit menuju kerumah. Air masuk dari bawah pintu dapur belakang. Sanggupkah biskita mengalami macam ani setiap kali hujan lebat ? Kalau sanggup, silakan tinggal disana. Didapati sebaris rumah disana ada kesan air tanah setinggi 2 kaki. Inda mungkin percikan air hujan dari atap sebab apabila ku round di zon lain, tidak ada pun kesan air tanah didinding belakang rumah. Tiada longkang besar dibelakang rumah supaya air dari bukit tidak terkena rumah. Simen jendela juga sudah ada kesan retak. Belum didiami pun sudah retak ? Dinding sempadan antara dua buah rumah, disebelh hujung, diatas sekali ada kesan pecah. Siapa sanggup tinggal dirumah atu ? Pihak Perumahan sendiri pun inda akan sanggup. MAHU TAK MAHU, TERPAKSA MINTA TUKAR RUMAH LAIN. Dalam Muamalat Islam ani disebut sebagai KHIAR (Pilihan). Pembeli akan membayar penoh sudah tentu pembeli berhak mendapat rumah yang baik juga. Baru jual beli sah dan HALAL. Bukannya sekajap ganya kan ditinggali rumah atu. Yang mengambil disana atu jua, kemungkinan basar akan membuat komplen pasal air banjir dari bukit selagi tiada longkang besar dibuat dibelakang rumah. Pihak berkenaan sepatutnya memikirkan orang-orang tua dan kurang upaya yang bakal tinggal disana. Kenapa langsung tiada bilik tidur ditingkat bawah ? Bilik mandi RUMAH KEMBAR pun masih kecil agak sempit jika berlaku memandikan jenazah. Fikir2kanlah wahai Pak Menteri dan buat perubahan minda.

24.03.2015 – Menghantar surat permohonan tukar rumah dengan menyatakan sebab-sebabnya selain dari sebab diatas tadi. Surat dihantar terus ke tingkat 1, bukannya melalui pos. Saya diberitahu, jawapan akan diposkan. Betulkah ? Borang hadir taklimat dulu pun tiada siapa yang menelefon atau pos. Baik jua dulu ada dangan membagitau. Waktu menunggu jawapan permohonan pun bermula. Masa terus berjalan. Banyak masa sudah terbuang.

31.03.2015 – Bertanyakan status permohonan pertukaran rumah. Saya ada mendengar berita dari pemohon RPN lain memberitau pada 01.04.2015 pemohon diminta mengambil kunci. Sebelumnya mereka telah ditelefon. Jadi pada jam 2:59 saya cuba menelefon ke Jabatan Perumahan talian 2382145. Selama 3 min 31 saat hanya mesin saja yang menjawap panggilan saya meminta menekan numbor 0 untuk bantuan. Kemanakah mereka pergi ?

Kemudian cuba ditelefon lagi pada jam 3:14 PM, selama 5 min 59 saat, hanya mesin saja yang menjawap. Dicuba lagi pada 3:25 PM, selama 4 min 34 saat, hanya mesin juga yang menjawap. Dimanakan Tekad Pemedulian Orang Ramai jika hanya mesin yang menjawap telefon ?

Pada hari lain, sewaktu datang ke Tingkat 1 bahagian Peruntukan, pekerja wanitanya sebok main handphone sambil duduk. Ini depan mata. Barangkali ini punca telefon tidak pernah berjawap. Namun akhirnya, diangkat oleh operator manusia jua yang menyambungkan kebahagian Peruntukan. Namun tiada siapa berminat untuk menjawap telefon. Akhirnya operatir mencadangkan saya datang sendiri. Ini membuang masa dan tenaga orang ramai hanya disebabkan pekerjanya main handphone pada waktu kerja. Handphone sepatutnya di BAN pada waktu kerja untuk meningkatkan mutu kerja mereka.

01.04.2015 – Terpaksa datang ke Jabatan Perumahan. Terpaksalah saya datang jua pada jam 9 pagi membuang masa hanya semata2 mau bertanyakan satu soalan mudah. Sebaik saja masuk kebangunan saya lihat pada Kaunter Pertanyaan ada ramai pekerja perempuan dalam 6-7 orang sedang berhimpun memilih2 kain jualan. Naik ke tingkat satu bertanyakan status pertukaran rumah. Saya dimaklumkan, surat permohonan sudah diterima pegawai dan akan dimeetingkan pengarah. Pada masa yg sama saya lihat ada pekerja sebok main handphone.

MARI TENGOK, berapa lamakah masa?akan ambil oleh? Jabatan Perumahan untuk memedulikan masalah pertukaran rumah ini bermula dari 24.03.2015. Apa payahnya, cuma perlu pilih atau undi lain saja. Masih ada beribu2 rumah lagi yang kosong. Atu pun mengambil masa berminggu2kah untuk dimeetingkan? Masa ni cuti, senang menguruskan. Jangan karang sudah habis cuti, baru tah ada surat. Lepas atu kan dipaksa orang mengosongkan rumah sewa kerajaan dalam masa segera. Peraturan karang dijadikan alasan. Masa terus berlalu. Tik tok tik tok. The clock is ticking.

Start dari 24.03.2015:

Status: Menunggu permohonan pada 24.03.2015 kena meetingkan. Dibawah, masa yang telah berlalu.

UPDATE: Menerima surat jawapan dukacita pada 05.05.2015, setelah 41 hari menunggu balasan surat. Walaupun surat tersebut bertarikh 25 April 2015, namun cop pejabat pos diluar sampul bertarikh 04.05.2015. Siapakah yang lalai dan lambat disini ?