Tag Archives: jabatan kemajuan perumahan

Menunggu Jabatan Kemajuan Perumahan Meeting lagi ?

sleep

Wake up JKP! Surat permohonan kali kedua minta tukar rumah RPN 1999, Kg Panchor, Mengkubau, Mentiri sudah pun dihantar ke Jabatan Kemajuan Perumahan, Tingkat 1, pada 13hb Julai 2015 namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan. ? Mengikut kata pegawai-pegawai disana, sebarang permohonan pertukaran akan di meetingkan terlebih dahulu. Jadi, bila lagi akan dimeetingkan???Apa lagi yang hendak ditunggu ? Apakah permohonan ini sengaja dilambat-lambatkan sebagai hukuman kerana memohon pertukaran?? Atau barangkali surat permohonan seorang rakyat ?Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu telah dicampakkan kedalam tong sampah ??Inda kan rumah retak dijual pada kami dengan paksa. Inda faham hukum Muamalat jual belikah ? Harga bakal dibayar penoh tapi rumah inda sempurna dan bakal menyusahkan penghuninya.

Sudahlah Pengarahnya terlalu payah untuk dibawa berjumpa dan berbincang, surat permohonan pun terlalu lambat untuk dibalas. Menyusahkan rakyat Brunei saja. Kalau inda takabir, serahkan pada orang lain yang boleh melakukan. Benarlah Hadis Rasul yang berbunyi:

Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam bersabda: ?Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.? Ada seorang sahabat bertanya; ?bagaimana maksud amanat disia-siakan? ? Nabi menjawab; ?Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.? (BUKHARI ? 6015)

BERAPA HARI TELAH BERLALU SEJAK PERMOHONAN 13.07.2015 ?

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.

Dimanakah Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan ?

Tolong siapa tau dimana Pengarah Perumahan berada. Kami balik2 sudah kesana kena, sekejap kena bagitau melawat, sekejap memangku JKR. Dimana ia betapuk ? Minta tolong kepada pihak atasan supaya dapat menetapkan Pengarah Perumahan, bukan yang jenis NOW YOU SEE, NOW YOU DON’T. Payah kan berurusan. Dimanakah yang disebut sebagai TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI ??