Tag Archives: cadbury

KHEU – Coklat Cadbury bebas DNA khinzir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun ? Kementerian Hal Ehwal Ugama semalam mengesahkan bahawa Produk Coklat Cadbury bebas DNA khinzir selepas diuji di dua buah makmal kerajaan.

Menurut kenyataan media, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengambil sampel produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond serta produk-produk coklat Cadbury yang lainnya untuk dianalisis.

Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond serta produk-produk coklat Cadbury lain yang diuji.

Kementerian Hal Ehwal Ugama turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Sains Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik atas kerjasama yang diberikan.

Rujukan: Kenyataan media berkenaan keputusan ujian DNA babi dalam produk Cadbury | JAKIM sah dua coklat halal

CadBury – KKM kata ada DNA Babi, JAKIM kata halal.

Kenyataan bercanggah sesama mereka. Dua produk coklat Cadbury Hazel Nut & Roast Almond yang disahkan mengandungi DNA Babi oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), disahkan halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Dalam erti kata lain, JAKIM tidak menerima pemeriksaan makmal yang dibuat oleh KKM. Hanya makmal yang dipilih JAKIM saja yang betul dan diterima pakai.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=gl9lMAD6sMg&list=UU22UFqscznRcYicQUpmLTeg&feature=share&index=6[/youtube]

Putrajaya: Dua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd (Cadbury) iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan bebas DNA babi dan halal dimakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperoleh selepas sampel kedua-dua berkenaan dianalisis makmal Jabatan Kimia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal mendapat akreditasi mengesan DNA babi.

?Katanya, kedua-dua sampel produk berkenaan daripada kelompok sama dikesan mempunyai DNA babi sebelum ini iaitu 200813 M01HI2 dan 200813 M01HI2 bagi coklat susu dengan kacang hazel dan kelompok 221013 N01RI1 bagi coklat susu dengan buah badam.

?Sampel dianalisis diambil terus dari kilang pengeluarannya di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor, manakala makmal yang menganalisis diberi akreditasi oleh kerajaan untuk menguji kehadiran DNA babi.

?Selain dua sampel itu, JAKIM turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan,? katanya pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang semula dan jika tiada halangan ia diberi semula.

?Tetapi, kita akan membuat pemeriksaan menyeluruh di kilang berkenaan untuk memberi lebih keyakinan kepada pengguna, sebelum menyerah kembali sijil halal.

?Laporan pemeriksaan menyeluruh akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum sijil pengesahan halal Malaysia untuk kedua-dua produk itu dikembalikan,? katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2produkbebasDNAbabi/Article/index_html

Hanya Cadbury Malaysia mengandungi DNA babi

Berita yang sedang heboh sekarang penemuan DNA babi dalam 2 produk coklat Cadbury iaitu Dairy Milk HAZEL NUT & ROAST ALMOND yang dibuat di Malaysia. Apa yang paling menjengkelkan hati, sebenarnya penemuan DNA babi tersebut sudah didapati pada bulan Februari 2014 tapi hanya diumumkan 3 bulan kemudian iaitu Mei 2014. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyembunyikan maklumat ini selama 3 bulan. Patut disaman durang atu kerana menipu umat Islam supaya jadi pengajaran kepada kompeni lain.

Difahamkan, coklat Cadbury yang dijual di Dubai dan Singapore tidak mengandungi DNA babi. Hanya yang dijual di Malaysia yang ada DNA babi. Coklat yang ada di Brunei diimport dari Malaysia. Kitani masih lagi menunggu status coklat Cadbury yang dijual Brunei yang kononnya dikatakan masih dalam kajian, entah sampai bila. Kita sedia maklum, pihak makmal Brunei selalu lambat dalam pemeriksaan macam ani.

 

Sumber: http://www.straitstimes.com/news/singapore/health/story/no-pork-dna-cadbury-chocs-singapore-ava-20140528, http://news.asiaone.com/news/soshiok/no-pork-dna-cadbury-chocs-singapore-ava-0.

Coklat Cadbury ada DNA babi

24/05/2014

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat – Coklat Susu dengan Kacang Hazel ? Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine). Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel ? Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

“Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel ? Cadbury Dairy Milk.

“Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel ? Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

“Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,? katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

?Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Rujukan : BERITA HARIAN | ASTRO AWANI

P/S: Nampaknya pengesahan Halal dari pihak JAKIM tidak lagi boleh diharap2kan.