Selamat Hari Raya

Khamis, 9 Sep 2010.? Hari ini Brunei akan melihat anak bulan syawal dan kami bersungkai di Tarindak d’Polo. Siuk eh disana atu lebih best dibandingkan Rizqun. Keadaan hujan sejak dari pukul 1.00 petang. Berhenti sekejap lepas atu hujan lagi balik dengan lebat masa sungkai. Meja lagi kena taruh diluar hampir kolam. Ketampiasan sikit aing hujan. Lazimnya, inda tah nampak anak bulan ni pasal mendung.

Pengumuman anak bulan belum dibuat tapi selepas saja azan maghrib selesai dikumandangkan dalam TV, RTB sudah mula membuat ucap-ucapan selamat Aidilfitri. Dalam pukul 7 malam, kedengaran bunyi bom meriam bertalu-talu macam orang main bedil. Nah! kedapatan tia sudah walaupun pengumuman belum dibuat. Inda suspen, inda surprise. Alhamdulillah! atas kehendak Allah swt jua, anak bulan Syawal diumumkan telah nampak dilihat dan umat Islam di Brunei akan menyambut Hari Raya Aidiliftri pada hari Jum’at 10 September 2010 berbaya (sama-sama)? dengan negara jiran.

SELAMAT? HARI RAYA AIDILFITRI.

This entry was posted in Berita / News, Hari raya and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.