Selamat Hari Raya Aidilfitri

Petang tadi Selasa, 30hb Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan di Brunei, kami sungkai (berbuka) direstoran Tarindak D’Polo ($22 adult/$11 child), Jerudong. Pada petang tadi juga pihak berkuasa Brunei melihat anak bulan Syawal. Hasil pengelihatan anak bulan Syawal telah sabit nampak dilihat. Oleh itu umat Islam di Brunei akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari Rabu, 31hb Ogos 2011 bersama dengan Indonesia (kecuali pertubuhan Muhammadiyah). Umat Islam di Malaysia dan Singapore pula telah pun menyambut Hariraya Aidilfitri pada hari kemarin Selasa, 30hb Ogos 2011.

Diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam yang faham artikel ini khususnya di Brunei Darussalam, Malaysia, Singapore dan Indonesia.

This entry was posted in Hari raya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.