Salesperson tidak tahu apa dia splitter

Minggu lepas disebabkan talian internet eSpeed yang berada ditahap buruk, aku pun shopping membeli kabel telefon, ethernet (cat5 & 6) dan splitter. Masa kan membeli splitter aku pun singgah dikedai komputer di Kiulap yang menghadapi jalan besar. Aku pun bertanya pada pekerjanya adakah durang menjual splitter untuk modem eSpeed. Pelik bin ajaib, pekerjanya inda tahu apa dia splitter. Semua pengguna eSpeed pasti tahu apa splitter kecuali kanak-kanaklah yang hanya tahu pakai internet. Barangkali pekerja atu inda kenal eSpeed, inda tedapat eSpeed, pengguna wireless broadband atau baru kan berkenalan dengan dunia ICT. So, kerana kan berkongsi ilmu aku terangkanlah yang splitter atu berfungsi untuk membahagikan data dan voice talian telefon. Voice tuju ketelefon, data tuju kemodem eSpeed. Besarnya lebih kurang macam kotak mancis saja tapi tebal sikit. Mukanya nampak bingung sikit lalu ditunjukkannya aku cord extension telefon pulang, extension untuk satu wayar telefon boleh disambungkan pada 2 atau 3 telefon lagi. Lepas atu dengan konfidennya ia menjelaskan kalau ethernet inda dapat dibahagikan macam cord extension telefon atu, sesuatu yang memang sudah diketahui. Last sekali, tanya bossnya, baru tah ada jawapan pasti. entah kena marahi kali ia lepas atu pasal teluan inda tau apa-apa tapi mau keraja dikedai komputer.

Kalau ikut pengalaman ditempat lain terutamanya kalau salesgirl, kalau barang atu durang inda tau dengan mudahnya durang akan menjawap “Adakan tu ?” dengan muka bangang sikit. Dibawah ani tah gambar splitter yang digunakan untuk modem eSpeed. Kalau diluar negara lain sikit bentuknya tapi fungsinya masih sama. Semoga sales person bertambah ilmu.

 

P/S: Sekalipun semua kabel sudah diganti namun talian eSpeed masih disconnected sejak minggu lepas hingga 26hb Jan. Sekarang eSpeed sudah boleh digunakan walaupun kadang-kadang masih ada disconnected sekejap. Splitter masih yang lama dipakai. Malangnya inda lagi dapat pakai dns google 8.8.8.8 dan 8.8.4.4. Penukaran dns ani penting bagi yang memiliki website pakai server luar negeri supaya dapat melihat dengan segera setiap kali nameserver ditukar.

 

This entry was posted in Kurapak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.