RPN 1999 – Jawapan dukacita TIDAK DIPERTIMBANGKAN bertukar rumah kembar.

Pada 24hb March lalu aku telah menghantar surat permohonan minta tukar rumah kembar RPN, Kampong Panchor yang diterima sewaktu majlis mengundi bagi pemohon 1999. Setelah 41 hari menunggu, barulah balasan surat diterima pada 05.05.2015. Sekalipun isi surat balasan dari B/P Pengarah Kemajuan Perumahan bertarikh 25 April 2015 namun cop pejabat pos diluar sampul bertarikh 04.05.2015. Siapakah yang lalai dan leka disini ?

Jawapan yang kami terima adalah dukacita, permohonan bertukar rumah tidak? DIPERTIMBANGKAN atau TIADA TIMBANG RASA. Ini jawapan yang kejam, tidak prihatin, tidak tau hukum Muamalat dalam bab jual beli dan tidak berperi kemanusiaan. Sebab apa ? Sebab kami bukan saja2 memohon minta tukar. Ada beberapa sebab sudah dinyatakan dalam surat permohonan beserta bukti bergambar. Rumah tinggi dari jalanraya, AKAN MENYUSAHKAN ahli keluarga yang berkerusi roda. Dinding atas yang pecah. Dinding dapur pun sudah retak walaupun rumah belum didiami. Kami seolah-olah dipaksa membeli rumah rosak ini namun masih dikenakan harga penoh $55,000. Inda sah hukumnya tu disisi syarak. Dimanakah peri kemanusiaan ?

Apa masalahnya pertukaran rumah tidak kena terima ? Permohonan RPN 1999 bagi orang awam seramai 400 orang sementara bagi pegawai kerajaan 280 orang. Baru 680 orang. Rumah RPN Kg Panchor Mentiri ada 4000 buah. Jadi, apa masalahnya jika bertukar rumah kembar yang bakal menyusahkan kami dengan rumah kembar yang lebih baik ? Kami membayar penuh nanti $55,000 jadi sudah tentu sepatutnya saya menerima rumah yang baik dan tidak bakal menyusahkan. Rumah-rumah dikawasan tinggi semuanya masih kosong. Apa masalahnya jika kami diberikan disana ? TAKUT BAKAL PEMOHON YANG AKAN DAPAT RUMAH ROSAK YG KAMI DAPAT ATU KOMPLEN JUA NANTI ?

Di Brunei ani hanya Kebawah Duli saja yang prihatin dengan masalah rakyat. Menteri atau Pengarah bersikap inda kisah dan malasku ingau. TERLAMPAU PAYAH KAN DIJUMPAI. Balik-balik datang ke Tingkat 5, kena bagitau Pengarah inda ada. Perlukah aku mengadu kepada Kebawah Duli lagi hal ani ?

Leave a Reply