Rogol: Lelaki kena 8 tahun, 12 sebatan

Oleh Siti Hajar

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin – Seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 12 sebatan oleh mahkamah di sini kerana didapati bersalah merogol seorang budak perempuan berusia 13 tahun. Mohammad Izwan dituduh merogol budak perempuan malang itu dalam sebuah kereta yang diletakkan dalam belukar pada tengah malam 26 Jun 2010.

Mahkamah diberitahu bahawa kira-kira jam 2.31 pagi, mangsa sedang berjalan menuju ke rumah kawannya berdekatan Sekolah Ugama Pg Anak Puteri Rashidah tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tatkala itulah Mohammad Izwan ternampak budak perempuan tersebut dan menawar diri untuk menghantarnya.

Budak perempuan itu pada mulanya enggan, namun tertuduh berjaya memujuknya dan berkata yang dia adalah ‘orang baik’.

Akibat percaya dengan pujukan tertuduh, budak perempuan itu setuju menaiki kereta tertuduh dimana tertuduh menghantar budak perempuan itu ke rumah kawannya.

Sepuluh minit kemudian, tertuduh datang mengambil budak perempuan itu lalu dibawa ke sebuah belukar di Seria Bypass lalu merogol mangsa.


Sumber: http://www.mediapermata.com.bn/selasa/jul13t4.htm

This entry was posted in Berita / News, Jenayah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.