Ramadhan Al Mubarak

Umat Islam di Brunei baru mula berpuasa pada hari Khamis 12 Ogos 2010 disebabkan anak bulan Ramadhan telah sabit tidak kelihatan pada hari Selasa 10 Ogos 2010 kemarin. Anak bulan Ramadhan juga telah tidak sabit dilihat di Thailand dan akan memulakan ibadah puasa pada tarikh yang sama dengan Brunei. Walau bagaimanapun, anak bulan Ramadhan telah dapat dilihat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Vietnam (tidak diketahui dgn negara Asean lain)? dan umat Islam dinegara-negara tersebut telah pun memulakan ibadah puasa pada hari Rabu 11 Ogos 2010.

NEGARA-NEGARA YANG MULA BERPUASA PADA HARI RABU 11 OGOS 2010

  1. Malaysia
  2. Indonesia
  3. Singapura
  4. Vietnam
  5. Arab Saudi
  6. Bahrin
  7. Mesir
  8. Jordan
  9. Lebanon
  10. Palestin
  11. Qatar
  12. Syria
  13. Libya
  14. Emeriah Arab Bersatu (UAE)
  15. Yaman
  16. Algeria
  17. Tunisia
  18. Iraq (Ahli Sunnah sahaja)
  19. Australia
  20. India

NEGARA-NEGARA YANG MULA BERPUASA PADA HARI KHAMIS 12 OGOS 2010

  1. Brunei
  2. Thailand
  3. Iraq (Syiah sahaja)
  4. Oman
  5. Kuwait

NOTIS: Didalam laman web Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Anak_bulan#Anak_bulan_Ramadan_2010 ada menyatakan kononnya Brunei sepakat dengan Malaysia, Singapura dan Indonesia mula berpuasa pada hari Rabu 11 Ogos 2010 yang mana ini adalah kenyataan yang salah. Kita harap penulis artikel tersebut akan memperbetulkan semula kesilapannya dan jangan tergesa-gesa membuat kenyataan sebelum memeriksa dengan teliti.

Berikut adalah niat puasa yang wajib dilakukan pada setiap malam mengikut pendapat Mazhab Imam Syafie. Niat ini wajib dibaca didalam hati.

SAHAJA AKU PUASA ESOK HARI? DIBULAN RAMADHAN TAHUN INI TUNAI KERANA ALLAH TA’ALA.

Berikut adalah niat puasa Ramadhan untuk sebulan mengikut pendapat mazhab Imam Maliki. Niat ini dibaca sekali saja iaitu pada malam 1 Ramadhan saja. Tujuannya, seandainya kita lupa membaca niat setiap malam, kita masih boleh meneruskan puasa.

SAHAJA AKU PUASA DIBULAN RAMADHAN TAHUN INI SELURUHNYA KERANA ALLAH TA’ALA

Doa ketika berbuka puasa

YA ALLAH! KERANA ENGKAU AKU BERPUASA DAN DIATAS REZEKIMU AKU BERBUKA PUASA.

atau

YA ALLAH! KERANA ENGKAU AKU BERPUASA DAN DENGAN ENGKAU AKU BERIMAN DAN DIATAS REZEKIMU AKU BERBUKA PUASA.


This entry was posted in Islam and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.