Perbezaan cuti-cuti sekolah antara Brunei, Malaysia dan Singapore.

 

Cuti-cuti persekolahan di Brunei adalah yang paling sedikit dibandingkan Malaysia dan Singapore. Patut jua ramai pelajar disekolah-sekolah Brunei selalu mengalami stress dan histeria selalu. Ditambah lagi dengan sistem-sistem percubaan dalam pendidikan setiap 4,5 tahun. Apabila fail, buat lagi sistem pendidikan baru namun jumlah cuti tetap sama bahkan semakin dikurangkan terutamanya pada cuti penggal ke-3 dan ke-4.

Di Sekolah-sekolah ugama sekarang sudah menjadi seperti taman permainan. Peperiksaan akhir tahun bagi murid darjah 5 kebawah sudah seminggu habis dan buku-buku teks sudah dikembalikan. Disebabkan tiada apa hendak dibuat, murid-murid hadir kesekolah hanya untuk bermain. Anakku seringkali merungut tidak mahu hadir ke sekolah ugama atas alasan boring, tidak lagi belajar, ramai murid tidak hadir, yang hadir sedikit itu pun hanya bermain untuk menghilangkan boring. Bukankah lebih baik mereka ini dicutikan lebih awal daripada membuang masa bermain disekolah. Keselamatan pun terjaga.

CUTI PENGGAL AKHIR (Penggal 4)? 2011

Brunei (1hb Dis 2011 – 1hb Jan 20112)

Malaysia (19hb Nov 2011 – 1hb Jan 2012)

Singapore (19hb Nov 2011 – 31hb Dis 2011)

 

CUTI-CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

BRUNEI:

  • 16.03.2012 – 25.03.2012
  • 10.06.2012 – 18.06.2012
  • 30.09.2012 – 05.10.2012
  • 30.11.2012 – 01.01.2013

Cuti Puasa dan Hariraya – 12.08.2012 – 26.08.2012

 

MALAYSIA:

  • 10.03.2012 – 18.03.2012
  • 26.05.2012 – 10.06.2012
  • 18.08.2012 – 26.08.2012
  • 10.11.2012 – 01.01.2013

 

SINGAPORE:

  • 10.03.2012 – 18.03.2012
  • 26.05.2012 – 24.06.2012
  • 01.09.2012 – 09.09.2012
  • 17.11.2012 – 02.01.2013
This entry was posted in Kurapak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.