Penipu akhirnya kecundang

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin ? Seorang lelaki tempatan yang dipercayai telah menipu beberapa orang sejumlah kira-kira $20,000 dan 21 buah kereta bernilai $500,000 hari ini dihadapkan semula ke mahkamah di sini.

Khairol Azmi Haji Kula sebelum ini didakwa atas beberapa pertuduhan, tetapi hari ini pihak pendakwa mengemukakan 36 pertuduhan menipu terhadapnya. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa memujuk orang dan syarikat-syarikat dengan membeli barangan daripada syarikat atau kereta daripada individu-individu dan mengemukakan cek atas nama syarikatnya yang beliau daftar secara sah, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi. Dia juga menghadapi tuduhan menipu orang dengan menyatakan yang dia akan menyewa kereta-kereta mereka, sedangkan sebenarnya dia akan menjual kereta-kereta tersebut. Penipuan lain yang dia didakwa lakukan ialah membuat janji yang dia akan membekalkan mereka dengan kereta-kereta import dan mengambil wang deposit terlebih dahulu.

Majistret kanan Lailatul Zubaidah turut mendengar pertuduhan-pertuduhan lain yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin Haji Kamaluddin, termasuk dakwaan bahawa defendan telah menipu sebuah pasar raya, restoran, hotel dan individu-individu dengan mengatakan yang dia akan menjual barangan rampasan kastam kepada mereka dengan harga yang lebih murah daripada pasaran. Barangan-barangan yang dijanjikan itu termasuklah beras wangi, minyak masak dan jam tangan berjenama.

Mahkamah memberi tempoh tiga minggu kepada tertuduh untuk melantik peguam dan menetapkan 13 Disember ini bagi sebutan selanjutnya dimana tarik perbicaraan akan dibincangkan.

Pihak pendakwa memaklumkan terdapat 100 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan manakala defendan akan mengemukakan 20 saksi.

Sumber: Media Permata

Berita berkaitan:
http://www.bt.com.bn/news-national/2010/08/19/20-000-and-21-cars-after
http://www.bruneitimes.com.bn/news-national/2010/08/20/charged-cheque-frauds
Man pleads not guilty to cheating charges

This entry was posted in Berita / News, Jenayah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.