Pengumuman keputusan pengelihatan anak bulan Syawal 1432h

Brunei Darussalam akan melihat anak bulan Syawal pada hari Selasa 30hb Ogos 2011. Sementara itu negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia telah pun melihat anak bulan Syawal petang tadi Isnin, 29hb Ogos 2011.

Hasil dari pengelihatan tersebut, Malaysia telah dapat melihat anak bulan Syawal dan akan menyambut Hariraya Aidilfitri pada hari Selasa 30hb Ogos 2011. Sementara itu di Indonesia, pihak pemerintah Indonesia hasil dari mesyuarat ISBAT dan pertubuhan Nahdatul Ulama telah menentukan Hariraya Aidilfitri (Idulfitri kata dorang) jatuh pada hari Rabu, 31hb Ogos 2011 disebabkan anak bulan Syawal tidak dapat dilihat. Sementara jemaah Muhammadiyah, Indonesia akan menyambut Hariraya Aidilfitri pada hari Selasa 30hb Ogos 2011 dan sudah mula bertakbir pada hari Isnin, malam Selasa. Perbezaan ini berlaku atas alasan kononnya masing-masing mempunyai cara tertentu untuk menentukan bermulanya Syawal.

Bagi umat Islam di Brunei, sama-samalah kita menantikan tarikh pengumuman anak bulan Syawal pada petang atau malam Rabu ni nanti. Jika seandainya anak bulan kelihatan di Brunei, umat Islam di Brunei akan menyambut 1 syawal atau Hariraya Aidilfitri pada hari Rabu bersama dengan Indonesia, sementara ketika itu Malaysia sudah menyambut hariraya kedua. Dan jika ditakdirkan anak bulan Syawal tidak kelihatan maka Brunei akan menyambut Aidilfitri pada hari Khamis 01hb September 2011 dan pada ketika itu Malaysia sudah pun berada dihariraya yang ketiga.

Sumber: Berita Harian Malaysia, Jakarta post & Nahdatul Ulama.

This entry was posted in Berita / News, Islam and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.