Pencuri barang kemas pura-pura mati lemas

Jika awda nampak lelaki ini, tutup pintu rumah awda dan kunci, pegang kuat-kuat gelang dan rantai yang awda pakai ketika itu. Kenapa ?

Lelaki ini, Muhd Nazzarul Shah Hj Sulaiman 36, adalah suspek utama dalam tuduhan kes mencuri dikedai barang kemas OKKY, Seri Q-Lap Mall disekitar jam 10.35 pagi pada 11 Ogos 2010. Salesgirl kedai emas itu telah mengenal pasti bahawa Muhd Nazzarul adalah orang yang meragut emas dikedai mereka. Dia diminta hadir perbicaraan pada hari Sabtu lepas, 6hb Nov 2010 dimahkamah pada petang hari. Tetapi pada waktu pagi, dia dilaporkan kononnya telah jatuh kedalam sungai dan hilang ketika memancing bersama dengan dua orang rakan. Berita ini ada masuk dalam news. Kan lari dari perbicaraanlah ni.

Pihak polis telah membuat pemeriksaan rutin dan mendapati bahawa pencuri ini sebenarnya bersembunyi dirumah girlfriendnya, bukan nya mati lemas sepertimana laporan palsu yang dibuat oleh dua rakannya. Pihak mahkamah memutuskan supaya pencuri ini ditahan dipenjara Jerudong tanpa ikat jamin sehingga hari perbicaraan. Sementara dua rakannya juga akan didakwa kerana membuat laporan palsu pada pihak polis.

Gambar dipetik dari : http://www.bt.com.bn

Berita kononnya dia mati lemas.

This entry was posted in Berita / News, Jenayah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.