Pembaca Meter Air Palsu

PERINGATAN DARI JKR, BRUNEI!

Telah terdapat insiden di mana orang datang ke rumah-rumah dan mengatakan mereka pembaca meter air daripada JKR. Mereka menawarkan diskaun serta meminta orang ramai membayar bil-bil air mereka. Sila berhati-hati jika orang berkenaan datang ke rumah biskita kerana Jabatan tidak menawarkan diskaun atau meminta untuk membayar bil-bil air dengan pergi ke rumah-rumah. Pembayaran bil air hanya boleh di bayar di kaunter bil air, melalui bank atau pejabat pos.

Sebelum membukakan pintu rumah biskita kepada orang yang tidak dikenali, pastikan mereka melihatkan pas pengenalan rasmi yang menunjukkan mereka wakil daripada Jabatan ini.

Sumber: Facebook JKR.

This entry was posted in Jenayah, Kurapak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.