Parabola untuk orang awam akan dihapuskan

 

images

 

Akhirnya, hajat tahun lepas akan ditunaikan pada tahun ini. Sistem TVRO atau nama glamernya Parabola akan dilarang atau diharamkan kegunaannya bagi orang ramai dalam tempoh 5 tahun (2018). Yang masih boleh pakai Parabola ialah ehem ehem.. Orang-orang vip, Institusi Kewangan, Institusi Media, Kedutaan-Kedutaan, Hotel-Hotel, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Perubatan. Sebelum fasa penghapusan bermula, orang ramai DIMESTIKAN mendapatkan lesen menggunakan parabola yang sudah ada pada masa ini dengan bayaran $360 setahun mulai 01.09.2013. No Discount. Jadi, dengan cara ini nanti dapat dikesan siapa yang perlu menghapuskan parabolanya pada tahun 2018 nanti. Memandangkan perkara ini dibuat tanpa kehendak orang ramai, ada baiknya ganti rugi pembelian Parabola sebanyak $680 dibuat oleh Kementerian Perhubungan yang mana sudah tentu tidak menjadi satu masalah memandangkan Kementerian tersebut bakal menerima $360 setahun selama 5 tahun, berjumlah $1800 bayaran lesen secara percuma. Dari duit orang ramai jua asalnya, kan.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos ? Sistem TV Receive Only (TVRO) atau lebih dikenali sebagai ?parabola? yang terdapat di negara ini akan dihapuskan secara berfasa dalam tempoh lima tahun bagi orang ramai mulai 1 September ini.

Selepas tamat tempoh lima tahun penghapusan itu, Sistem TVRO dengan saluran-saluran yang terhad hanya akan dibenarkan kepada agensi-agensi atau premis-premis tertentu yang diiktiraf oleh kerajaan sahaja.

Agensi-agensi atau premis-premis tertentu yang diiktiraf oleh kerajaan ialah Institusi Kewangan, Institusi Media, Kedutaan-Kedutaan, Hotel-Hotel, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Perubatan.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Perhubungan hari ini mengenai dasar baru penggunaan sistem TVRO di negara ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kadar lesen penggunaan sistem TVRO adalah dikekalkan di mana yuran tahunan lesen bagi Persendirian (Private) ialah $360 setahun, Restoran $500 setahun dan Hotel/Apartmen $1,200 setahun.

Semua kemasukan (pengimportan) set sistem TVRO akan dibekukan.

Orang ramai akan diberikan tempoh selama enam bulan mulai 1 September 2013 untuk memohon lesen secara sah bagi penggunaan sistem TVRO yang sedia ada sebelum sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Perhubungan.

Kenyataan itu berkata, dasar baru TVRO ini merupakan hasil daripada beberapa sesi konsultasi bersama orang ramai, pemimpin-pemimpin akar umbi, agensi-agensi kerajaan, pihak penyiaran tempatan, penjual-penjual dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam ehwal penyiaran tempatan.

Ia juga adalah hasil penelitian amalan-amalan serantau dalam penggunaan sistem TVRO.

Dalam penggubalan dasar baru ini, terdapat isu-isu utama yang diberikan perhatian antaranya ialah berbanding dengan perkhidmatan ?free-to-air?, (Rangkaian RTB) dan ?pay-tv? (Kristal Astro), siaran penyiar antarabangsa melalui TVRO atau parabola ini tidak dapat ditapis atau dikawal dan melibatkan isu penyiaran rancangan-rancangan yang bercanggah dengan tata amalan penyiaran dan nilai-nilai negara seperti iklan-iklan minuman keras dan ?content? (kandungan) yang bertentangan dengan akidah.

Selain itu, rancangan-rancangan ini juga dilihat tidak berupaya menyumbang kepada pertumbuhan industri penyiaran tempatan. Dari segi operasional pula, dasar baru ini juga bertujuan membendung sistem TVRO yang beroperasi secara haram. Pada masa ini dianggarkan kira-kira 10,000 pengguna sistem TVRO yang beroperasi secara haram, berbanding dengan 1,279 pengguna sistem TVRO yang berlesen.

Kementerian Perhubungan berkata, dasar baru penggunaan sistem TVRO ini bertujuan untuk menjadikan industri penyiaran di negara ini lebih teratur, kompetitif, dinamik, terkawal serta beridentiti tersendiri dalam memenuhi cita rasa awam di samping menyumbang kepada pertumbuhannya.

Dalam mengembang majukan lagi industri penyiaran di negara ini, Kementerian Perhubungan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AiTi) berhasrat untuk memastikan kualiti rancangan dan content yang tinggi dalam aspek hiburan informasi dan pembentukan akhlak bagi program-program yang disiarkan.

Langkah ini adalah bertujuan untuk mencapai kemajuan dan pembaikan industri penyiaran tempatan yang juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kementerian Perhubungan memberi perhatian yang serius dalam melaksanakan dasar baru ini serta akan mengambil langkah-langkah yang tegas dalam memantau pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

Kementerian Perhubungan bersama dengan AiTi akan mengadakan beberapa siri jerayawara dan sesi dialog bersama orang ramai di keempat-empat daerah bagi memberigakan lagi dasar baru ini.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penyiaran dan Multimedia (Broadcasting & Multimedia Group), AiTi di talian 2323232 semasa waktu pejabat atau melalui e-mel kepada info@aiti.gov.bn.

Rujukan: MEDIA PERMATA, August 07, 2013.

Berita berkaitan: http://www.hoskitani.com/?p=1173

P/S: Apa yang mengecewakan dalam penghapusan ini, alasan yang diberikan adalah kurang memuaskan hati. Contohnya,? kononnya Parabola mengandungi content atau isi kandungan yang bertentangan dengan akidah. Kononnya lagi supaya kompetitif dengan penyiaran tempatan (RTB) yang sungguh memboringkan tersebut.? Seluruh rakyat Brunei, Singapore dan Malaysia yang mempunyai Astro tahu, dalam rancangan Astro pun ada juga terselit ‘content’ yang melanggar akidah. Lihat saja movie-movie dari barat. Bahkan, melalui saluran internet kita boleh mendapatkan apa saja yang lebih dahsyat dari Parabola. Kenapa tidak dihapuskan juga Astro dan internet ? Atau BAN saja cyber cafe yang ada servis internet sebab ramai budak bawah umur lepak membuang masa didalamnya. Apa-apa pun, sebenarnya ia terpulang kepada didikan agama dan kebijakkan berfikir setiap seorang. Tidak semua orang akan terus terpedaya dengan iklan haram dalam Parabola. Belum pernah terjadi ada kes, apabila ditayangkan iklan arak, orang Brunei terus drive kereta ingin membeli arak disempadan. Dalam parabola, sebenarnya masih banyak lagi rancangan yang berunsurkan positif dan keugamaan. Bahkan lebih banyak lagi dibandingkan dari siaran RTB. Masalahnya bila negatif saja yg dipandang, perkara positif tadi semacam kabur. Aku lebih suka kalau Parabola ini masih dikekalkan tetapi terhad pada satu satelite saja iaitu satelit Palapa, Indonesia yang FREE TO AIR itu kerana isi kandungannya kurang melanggar akidah dibandingkan Kristal Astro. Terpaksalah kita pasrah menerimanya dengan boring.

This entry was posted in Berita / News and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.