Parabola – Bayar lesen $360 atau diancam dengan denda $40,000 atau/dan penjara 2 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Kementerian Perhubungan mengeluarkan peringatan kepada orang ramai tentang perlunya mempunyai lesen sah bagi pemilikan TVRO (Televisyen Receive Only) yang lebih dikenali sebagai Parabola, di Negara Brunei Darussalam.

TVRO kali pertama diperkenalkan di Brunei Darussalam dalam tahun 1990an dan terus menjadi salah satu media popular bagi hiburan keluarga. Bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui tentang lesen yang disertai bersama pemilikan TVRO di bawah Akta Penyiaran (Bab 180)

Baru-baru ini satu dialog telah diadakan di Kementerian Perhubungan dengan peniaga-peniaga TVRO untuk menangani penjualan peralatan TVRO yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin POKDG Haji Mohammad Taha.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, semasa dialog berkenaan beliau telah menekankan bahawa peniaga TVRO seharusnya hanya menjual peralatan mereka kepada pemegang lesen TVRO yang sah.

Di bawah Seksyen 23 Akta Penyiaran (Bab 18), lesen diperlukan bagi memasang dan memiliki peralatan TVRO. Bayaran lesen bagi orang ramai untuk memiliki peralatan TVRO (FST) adalah B$360 untuk satu unit, manakala bagi kafe dan restoran (FSR) B$500 satu unit. (TVRO atau Parabola berfungsi sebagai penerimaan sahaja dan tidak dapat menyiarkan macam fungsi walkie talkie yg lebih murah lesennya).

Permohonan mendapatkan lesen TVRO yang dinyatakan boleh dibuat di Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) bagi pihak Kementerian Perhubungan.

Mengikut Seksyen 41 Akta Penyiaran (Bab 180) pemasangan dan operasi peralatan TVRO tanpa lesen boleh dikenakan denda sehingga B$40,000 dengan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali manakala peralatan itu akan dirampas oleh pihak kerajaan.

Sehubungan itu orang ramai digalakkan dimestikan mendapatkan lesen yang sah untuk mengelak dikenakan denda atau ditangkap.

Keperluan bagi lesen TVRO telah wujud sejak 1990an di bawah skop Jabatan Telekom Brunei dan kemudian di bawah Pejabat Perdana Menteri, sebelum ia dipindahkan kepada Kementerian Perhubungan pada 21 Mei 2008.

Kementerian Perhubungan akan terus mengawasi bagi memastikan semua pemilik peralatan TVRO di Brunei Darussalam mempunyai lesen TVRO yang sah. Kementerian itu menasihatkan semua pengguna supaya membeli peralatan TVRO melalui peniaga yang berlesen.

Borang permohonan lesen boleh diperolehi di Pejabat AITI dan pemohon mestilah menghantar borang yang lengkap diisi kepada yang alamat yang dinyatakan di sini.

Borang permohonan boleh diperoleh di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komuniksai Brunei Darussalam (AiTI), Blok 13, Simpang 32-5, Kg Anggerik Desa, Jalan Berakas, BB 3717, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Dimanakan tempatnya ani ?

 

P/S: Yang aku inda faham, Kenapa bayaran lesen setinggi $360 setahun sedangkan peralatan parabola kitani yang membeli sendiri dan satelite yang dilihat siarannya adalah siaran percuma FREE TO AIR dari satelite luar negeri (selalunya Palapa, Indonesia) yang langsung inda kena mengena dengan AITI. Bayaran lesen tahunan ani patut dikembalikan semula kepada $30 atau $36 (inda lagi ingat) setahun macam dulu. Selalunya orang meliat siaran dari Satelite Indonesia atau FREE TO AIR saja jadi inda lojik membayar $360 setahun. Lagi pun di Indonesia masih free tanpa lesen kecuali yang premium kena scramble. Pelanggan hanya bayar subscription langganan pada pihak penyiaran satelite. Atu baru ngam.

Rujukan: Media Permata Sabtu/Ahad, 27/28 Ogos 2011.

This entry was posted in Berita / News and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Parabola – Bayar lesen $360 atau diancam dengan denda $40,000 atau/dan penjara 2 tahun

  1. pocot says:

    Salam Semua… Banar tu komen kita tu. TVRO tani liat di Brunei ani free on air channel. Kenapa tia di buat lesen harga sampai $360. Gila harta kali AITI ani.Nda bebalui harga atu. Mun bali barang dapur, awu kanyang parut. Barangkali nda semua jua yang di suruh buat lesen kali eh… mun paham bisai. Cuba tah buat survey dulu ah rakyat tani ani. Setujukah nda tentang lesen atau harga lesen atu. Ani nda… main approved dari durang nganya. Jadi pendapat dari rakyat camana. Udah jua harga TVRO sekian harganya, lesen lagi sekian harga. Alasan kan prevent elemen2 negative dari luar supaya nda menyalahi konsep MIB. Apa bezanya Astro, internet, FB, etc… sama jua tu, lagi tah teruk pengaruhnya. HM tolong dan kesian tah kami rakyat ani. Kalau nganya sekadar $25 mampu jua dikit. Apalah mau jadi sama Brunei ani, makin maju makin tertindas rakyat. Wassalam.

  2. Pingback: Hoskitani » Parabola untuk orang awam akan dihapuskan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.