Pakai nama orang lain dalam HYS

Barangkali hampir semua warga internet di Brunei kenal dengan laman web tempat orang membuat posting berguna dan juga digunakan sebahagian orang untuk memaki hamun, mengumpat dan sebagainya iaitu HYS. Ada masanya kitani akan dapati ada orang memberitahu bahawa namanya kena gunakan membuat posting dalam HYS sedangkan ia sendiri tidak pernah membuat. Dari sini aku pun tertanya-tanya macamana sipenipu boleh pakai nama orang lain ? Cari punya cari, akhirnya dapat. Dalam login profile kitani boleh bebas tukar nickname, satu kelemahan yang paling ketara dalam HYS. Ini adalah betul. Penipuan seperti ini boleh dibuat dalam HYS. Penggunaan nama orang lain memang dapat dibuat dengan mudah. Kaedah ini digunakan untuk membalas dendam atau memfitnah oleh golongan munafik. Dalam HYS kadang-kadang terjadi perdebatan hangat. Apabila ada pihak yang jenis “kalah-kalahan kuda” kerana ideanya yang bodoh dihentam orang atau hobinya yang disukai dikatakan haram oleh orang, hati mulai sakit. Dendam membara, hukum hakam dilupakan, fitnah dan hasutan pun dirancang untuk melaga-lagakan orang. So, jadi jangan hairan apabila pengguna nickname yang sebelumnya membuat posting berunsurkan keugamaan atau bersandarkan dalil tiba-tiba memaki hamun orang lain pula. Ini kerja situkang fitnah sebenarnya. Kita sebagai pembaca, gunakanlah akal dan kebijaksanaan untuk menilai. Perhatikan perbezaan antara posting lama dengan yang baru. Aku peratikan ada yang menggunakan nama orang lain dalam HYS dengan tujuan keburukan supaya sipemilik asal akan dituduh macam-macam. Siapa orangnya ? Lu fikirlah sendiri.

Artikel ini hanya sekadar untuk memberi pengetahuan dan sudah tentu haram hukumnya jika dibuat dengan tujuan fitnah. Bagi golongan munafik, kejahatan seperti ini dipandang ringan saja sedangkan dosanya tidak dapat diampunkan Allah kerana melibatkan sesama manusia. Itu janji Allah swt.? Mungkin ada yang bertanya, kenapa artikel ani dibuat jika maklumat ani boleh disalah gunakan ? Jawapannya cukup mudah. Samalah seperti pisau dapur. Kenapa pisau dapur dibuat dan dibenarkan jualan sedangkan ia boleh digunakan untuk tujuan buruk ? Jadi salahkan sipengguna, bukan barangnya atau info seperti ini. Tujuan kedua ialah supaya admin HYS memperbaiki kelemahan yang ada dalam script HYS. Disable user boleh tukar nickname. Jangan hanya bersikap lepas tangan, buat laman web HYS lepas atu hanya tau edit posting. Jadilah webmaster yang tahu etika internet. Tujuan ketiga, untuk memberi awda pengetahuan yang tidak semua posting buruk dibuat oleh sipengguna original. Ada diantaranya dibuat oleh situkang fitnah yang keji.

Bagaimana cara untuk mengubah nama nickname dalam hys ?

1. Login dalam HYS. Klik di http://www.bruneihys.net/newhys/wp-login.php.
2. Pada ruang Nickname, tukarkan nama anda pada nama lain. Awda juga boleh gunakan nama-nama yang sama dengan orang lain dalam hys. Ani kelemahan wordpress yang dipakai admin HYS. Admin HYS! harap disable bahagian ini. Jangan isi apa-apa pada bahagian password.
3. Klik update profile.
4. Kemudian pada bahagian “Display Name Publicly As”, pilih nama yang baru awda tukar tadi.
5. Klik Update profile lagi.

Sila rujuk gambar dibawah.

Selepas itu, bolehlah awda membuat posting dalam HYS dengan menggunakan nama lain. Mana-mana orang yang menggunakan maklumat ini dengan tujuan memfitnah orang, jadi batu api melaga-lagakan orang atau dengan tujuan jahat didoakan komputernya melatop semasa ia menggunakan.

This entry was posted in Internet and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.