MUKTAMAD – Golden Churn di Brunei Darussalam bebas DNA babi

Dalam berita jam 5.30 petang tadi ada memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei telah melakukan pemeriksaan lagi dengan mengambil 17 sample dari 4 daerah di Brunei dan dari negara jiran. Hasil pemeriksaan, tiada langsung dikesan dna babi atau khinzir dalam produk Golden Churn pure creamry. Hasil mesyuarat bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama memutuskan bahawa Golden Churn Pure Creamary yang diedarkan di Brunei Darussalam adalah halal dan selamat digunakan oleh umat Islam.

P/S: Seperti yang diagak, kemungkinan besar peralatan makmal dinegara jiran itu sudah tercemar dengan dna babi ketika pemeriksaan pada butter dibuat. Jadi durang fikir, butter tu yang ada dna babi. Padahal, peralatan makmal mereka yang masih tercemar.

 

UPDATE: Berikut adalah petikan dari akhbar Media Permata, Jum’at 12hb Ogos 2011.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Semua produk Golden Churn Pure Creamery Butter yang diedarkan pada masa ini di Negara Brunei Darussalam adalah bebas daripada DNA babi/khinzir dan oleh itu boleh digunakan oleh orang ramai khususnya umat Islam.

Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam satu kenyataan hari ini berkata Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan mesyuarat hari ini bagi meneliti kedudukan produk Golden Churn Pure Creamery Butter yang telah menjadi keraguan dan kebimbangan kepada orang ramai.

Menurut kenyataan itu, setelah meneliti keterangan dan laporan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam yang menganalisis sebanyak 17 sampel yang dikutip di pelbagai tempat di keempat-empat daerah di Brunei termasuk juga sampel yang diambil dari negeri jiran, mendapati bahawa kesemua sampel yang diuji menunjukkan serta mendapati bahawa produk, Golden Churn Pure Creamery Butter adalah bebas daripada DNA babi/khinzir.

Berdasarkan kepada analisis tempatan berkenaan, Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam dalam mesyuarat berkenaan memutuskan bahawa semua produk Golden Churn Pure Creamery Butter yang diedarkan pada masa ini di Negara Brunei Darussalam adalah bebas daripada DNA babi/khinzir dan oleh itu boleh digunakan oleh orang ramai khususnya umat Islam.

BERITA BERKAITAN:

All Golden Churn products HALAL

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.