Mentega Golden Churn ‘DIKATAKAN’ tidak halal

Aku baru menerima email dari kawan yang mengatakan Bahagian Penyelididkan Jabatan Agama, Johor mendapati mentega Golden Churn yang disahkan halal oleh pihak New Zealand DIKATAKAN telah didapati mengandungi DNA Babi. Nampaknya, pengesahan kehalalan dari pihak New Zealand tidak dapat dipercayai lagi. Aku masih ingat dulu pun ada kes Di Malaysia ayam bercampur babi tapi kotaknya bercop halal dari Jabatan Agama Islam dorang (JAKIM). Lebih bagus lagi pengesahan dari BRUNEI HALAL yang sudah terkenal dengan pengawasan yang amat ketat. Ada banyak lagi mentega yang boleh digunakan. Jadi, buat sementara ani tinggalkan tia dulu mentega Golden Churn atu.

UPDATE (20 Jun 2011): Aku ubah tajuk dengan menambah DIKATAKAN memandangkan belum ada bukti kukuh dan larangan di Brunei Darussalam dan juga di negeri Johor sendiri. Sementara MEMO yang kononnya datang dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor tersebut seperti yang ada pada gambar amat mengelirukan pada tarikhnya. Memo tersebut bertarikh 18 Mei 2011 sedangkan cop pengesahan dibuat pada 19 April 2011, kira-kira sebulan sebelum surat tersebut dibuat. Sungguh pelik dan sungguh cuai. Sehingga sekarang masih belum ada pembetulan. Dengan sebab itu kita tunggu dulu pengesahan yang lebih efisyen dari Bahagian Halal Haram, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kenyataan dari pembuat Golden Churn K.L.Ballantyne Pty Ltd dan sijil halal mentega ini sila rujuk disini http://www.ballantyne.com.au/whatsnew.cfm?CID=15.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.