Mentega Golden Churn halal, syubhah, halal, haram dan akhirnya halal kembali.

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Majlis Ugama Islam Brunei telah mengesahkan bahawa produk mentega Golden Churn Pure Creamery Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food Pty Ltd, Cawangan New Zealand adalah halal.

Keputusan itu dibuat susulan lawatan oleh MUIB dan Kementerian Kesihatan ke syarikat berkenaan pada 12 hingga 16 November tahun lalu.

MUIB dalam satu kenyataan di sini berkata, hasil lawatan itu mendapati pemprosesan produk berkenaan adalah menepati kehendak hukum syara’ dan menepati Akta Kesihatan Awam Penggal 182 dan Standard Makanan Halal (Piawaian Brunei Darussalam PBD 24, 2007).

Sampel produk dari pusat pemprosesan mentega di New Zealand dan yang dipasarkan di negara ini dihantar ke Makmal Saintifik, Kementerian Kesihatan dan hasil analisa tersebut tidak diragui kehalalannya.

Ini kerana didapati ia tidak bercampur dengan sebarang DNA binatang selain sumber bahan (susu lembu) dan apa yang boleh mencemarkan mentega berkenaan dari segi kebersihan dan kesihatan.

MUIB turut menjelaskan, pada mesyuarat kedua tahun ini pada 12 Januari lalu menimbangkan perkara dengan laporan lawatan pemeriksaan produk berkenaan keluaran cawangan syarikat tersebut di New Zealand.

Majlis telah mengambil keputusan bahawa produk mentega Golden Churn Pure Creamery Butter, Syarikat Fonterra Cooperative Group Limited, Allen Streer, Morrinsivlle, 3340 New Zealand terutama dari segi hukum syara’ kebersihan dan kesihatan menepati Akta Kesihatan Awam Penggal 182 dan Standard Makanan Halal (Piawaian Brunei Darussalam PBD 24,2007).

Dengan keputusan MUIB itu, produk mentega berkenaan keluaran Syarikat Ballantyne Food cawangan negara itu boleh digunakan oleh umat Islam di negara ini kerana ia dijamin halal, mempunyai kualiti dan keselamatan tinggi.

Rujukan: Media Permata, 18hb Feb 2013.

P/S: Akibat terikut-ikut dengan hakim syari’e negara jiran. Peliknya, bila negara jiran nampak anak bulan, inda tia diikut.

This entry was posted in Consumer. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.