Mentega GOLDEN CHURN disahkan halal

Mentega GOLDEN CHURN dikatakan telah disahkan kehalalannya. Bolehlah buat kueh raya nanti.

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Mentega GOLDEN CHURN disahkan halal

  1. dol_campers says:

    Salam, boleh tak u periksa semula post ni… Kalau ikut Jabatan Agama Johor memang tak halal-> http://sitik.wordpress.com/2011/05/31/awas-golden-churn-creamy-butter-keluaran-new-zealand-mengandungi-dna-babi/..

    Kami di Jabatan Agama Islam Sarawak juga telah mendapat pengesahan Jabatan Kimia Malaysia bahawa produk ini mengandungi DNA babi pada 19 Julai lepas..

    • admin says:

      Salam, boleh tak U berikan laman web rasmi dari Jabatan Agama Johor yang menyatakan mentega ni memang tak halal, bukan hanya dipetik dari blog orang-orang tertentu ? Kalau dilihat pada memo yang dikatakan dari Jabatan Agama Johor tu terdapat kesalahan yang jelas. Contohnya, memo bertarikh 18 Mei 2011 tapi cop diterima pada 19 Apr 2011. Seolah-olah cop sudah dibuat pada memo yang belum wujud. Tak boleh cuai lebih-lebih lagi dalam masalah halal haram. Mengharamkan yang halal pun sama dosanya seperti menghalalkan yang haram. Lagi pun berita ini hanya berlegar diinternet tanpa ada kenyataan rasmi dari JAIJ. Ulasan saya pasal hal ni ada disini http://www.hoskitani.com/?p=1032.

      Mengenai dengan Jabatan Agama Islam Sarawak, boleh tak U berikan laman web rasmi JAIS atau scan atau gambar surat pengesahan tersebut supaya aku boleh masukkan dalam blog ni. Setakat ni Brunei Darussalam masih belum dapat mengesahkan mentega ni haram kerana tiada kenyataan yang lebih terperinci. Mentega ni masih dijual dikedai dan supermarket. Lazimnya, pengesahan halal/haram suatu makanan akan diambil dari JAKIM jika memang benar ianya wujud dan disiarkan secara rasmi.

      Update: Mentega GOLDEN CHURN juga disahkan halal di Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tak baik menipu, dol_campers. Jabatan Agama Islam Sarawak mana yang U pakai ?

      Sila rujuk BORNEO POST http://www.theborneopost.com/2011/07/07/kuching-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim-mengesahkan-golden-churn-mentega-popular-dalam-pembuatan-kek-adalah-produk-halal-surat-bertarikh-30-jun-yang-dihantar-oleh-jakim-kepada-pembuat-gold/.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.