Mentega GOLDEN CHURN disahkan halal di Brunei Darussalam & Malaysia

Produk keju Golden Churn halal
Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan orang ramai, terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam untuk tidak meragui kehalalan produk Golden Churn Pure Creamery Butter yang telah diragui oleh orang ramai sebelum ini.

Oleh yang demikian Kementerian Hal Ehwal Agama, melalui penyiasatan dari bahagian kawalan makanan halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan kajian dari Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan dengan rujukan Lab ref No: DSS/FDS/2011/5/26 bertarikh 25 Julai 2011, memaklumkan bahawa produk Golden Churn Pure Creamery Butter adalah selamat dan kehalalannya tidak diragui serta boleh digunakan orang-orang Islam di negara ini.

Rujukan: Media Permata, Khamis 28hb Julai 2011

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengesahkan kehalalan produk ini.

Posted on July 7, 2011, Thursday

KUCHING: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan Golden Churn, mentega popular dalam pembuatan kek, adalah produk halal.

Surat bertarikh 30 Jun yang dihantar oleh JAKIM kepada pembuat Golden Churn, Ballantyne, memberitahu produk tersebut didapati tidak mengandungi DNA khinzir selepas diuji Jabatan Kimia.

Surat tersebut turut menyatakan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel mentega Golden Churn daripada pembekal untuk tujuan pengesahan pada 5 Mei.

?Kami menyimpulkan keputusan sampel itu yang diambil di Kluang Rail Coffee, Johor adalah terhad dan peringkat produk terbabit dan bukan Golden Churn yang lain,? kata surat terbabit.

Salinan surat tersebut diberi kepada Utusan Borneo pada Isnin lepas oleh pengirim yang tidak diketahui identitinya.

JAKIM bagaimanapun enggan memberikan kenyataan rasmi berhubung status Golden Churn.

Jurucakapnya memberitahu, kakitangan jabatan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan melainkan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ketua pengarah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengesahan bebas DNA khinzir, bagaimanapun telah dilakukan oleh Ballantyne menerusi iklan di Utusan Borneo pada Sabtu lepas yang mengatakan produknya 100 peratus diperbuat menggunakan mentega.

Dalam iklan tersebut, syarikat tersebut mengucapkan penghargaan kepada JAKIM kerana mengendalikan ujian bagi menjelaskan maklumat yang salah berkaitan Golden Churn mengandungi DNA babi.

Rujukan: THE BORNEO POST

Berita lain : JAKIM confirms Golden Churn Butter is Halal

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.