Mentega GOLDEN CHURN dikatakan tidak halal di Sarawak

Ayoyo.. Boleh pening kepala olehnya. Apa kena dengan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ni ? sekejap cakap halal, sekejap cakap tak halal. Kenapa tak tetap pendirian dalam masalah ni ? Bagi pengguna mentega GOLDEN CHURN di Brunei, lebih baik ikut saja pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Syariah dan kajian dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam.

Berikut adalah kenyataan terbaru dari Majlis Agama Islam Sarawak:

Umat Islam di Sarawak secara khasnya diminta menghentikan penggunaan mentega berjenama tersebut serta merta kerana satu sampel produk Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA Babi melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011.

Maklumat dan perkembangan lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa atau boleh melayari laman sesawang www.jais.sarawak.gov.my.

Download: http://www.jais.sarawak.gov.my/modules/web/photo_show.php?id=38

Jika anda ada salinan/copy/scan pengesahan rasmi DNA babi dalam Golden Churn dari Jab Kimia Malaysia, sila hantar melalui email admin@hoskitani.com. Sudah tentu sumber dari blog atau website persendirian tidak dapat diterima sebagai bukti. Khabar-khabar angin bukanlah suatu bukti rasmi.

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.