Beruntunglah bagi sesiapa yang sudah siap bersedia meningkatkan amal sejak dari awal bulan lagi tanpa hanya menunggu beramal pada 10 malam terakhir. Kerana Allah swt sudah memberi petunjuknya dalam Surah Al Qadr bahawa pada 17 Ramadhan iaitu ketika Al Quran diturunkan juga adalah malam LAILATUL QADAR. Bersungguh-sungguhlah beramal sejak dari awal Ramadhan lagi.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,” – Ayat 1, Surah Al Qadr.