KUPU SB – Syarat apa lagi yang dimahukan ?

Aku adalah sama seperti pemohon LDP yang lain berkobar-kobar semangat untuk menaikkan taraf keputusan yang SEPATUTNYA SUDAH DAPAT dari dulu lagi. Pada tahun lepas telah mengisi borang untuk mengikut skim Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) tahun ini di KUPU SB untuk tahun ini. Syarat untuk kemasukan bagi HND (PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI) hanya memerlukan 1 saja A’Level atau berkeputusan Maqbul dalam STPU. Aku penuh yakin akan dapat sebab aku ada 3 A’Level dan STPU. Jika sekiranya aku baru lepasan sekolah yang baru tamat belajar sudah tentu aku akan dapat masuk KUPUSB sama seperti freshie yang lain. Kenapa ? Ketika masuk MPUSB dulu, aku bukan memohon tetapi terus dimasukkan oleh pihak berkenaan. Aku hanya tahu menyain bersetuju atau tidak. Malangnya ketika itu MPUSB hanya memberikan taraf sijil sahaja walau setinggi mana kelulusan pemohon. Pelajar Mesir yang terpaksa balik disebabkan perang teluk dulu pun hanya mendapat kelulusan sijil saja. Kalau memohon UBD senang-senang boleh dapat HND atau matrikulasi Degree.

Malangnya, permohonanku telah ditolak atas alasan kononnya tidak memenuhi syarat. Pada awal bulan April, namaku tidak tersenarai dalam list orang yang akan diinterview. Baru 2 hari (16 Mei) yang lalu surat dukacita baru dihantar. Persoalannya, syarat apakah lagi yang mereka mahukan ? Sijil keputusanku sudah lebih dari mencukupi. Kalaulah keputusanku ini digunakan untuk belajar di ITB atau UBD, sudah tentu senang-senang aku dapat memohon HND. Tapi aku bukan aliran sekolah menengah. Kalaulah KUPU SB ani sudah wujud lebih awal pada zaman 90’an seperti ITB, senang-senang saja aku boleh dapat HND tanpa perlu masuk belajar lagi balik-balik untuk 3 tahun. Kenapa kami perlu membuang meluangkan masa belajar lagi untuk mendapatkan Diploma atau HND ? Kenapa inda diikut seperti Kementerian Pendidikan iaitu mana-mana guru yang mempunyai taraf kelulusan sijil jika mendapat A Level, akan dinaikkan taraf kelulusan durang kepada Diploma secara otomatik tanpa perlu membuang masa untuk belajar lagi. Kemudian scale gaji mereka dinaikkan lagi. Kami terpaksa belajar lagi untuk mendapatkan kelulusan yang sepatutnya kami sudah dapat sejak dulu lagi. Tapi permohoan ditolak. Sungguh mengecewakan.

Kenapa permohonan LDP lepasan STPU ditolak sedangkan dulu pelajar STPU sentiasa menghafaz Al Quran juz 1-3 untuk peperiksaan ? Sepatutnya lepasan STPU ada kelebihan. Peliknya lepasan SPU (tingkatan 5)? yang hanya bermodalkan sijil A Level yang baru 2,3 tahun pula kena terima sedangkan durang inda pernah menghafaz juz 3. Lebih pelik lagi, lepasan sekolah menengah yang langsung inda pernah menghafaz Al Quran dan inda faham bahasa arab pun kena terima hanya disebabkan sijil A’Level yang diambil persendirian masih fresh lagi. Inda laku lagikah sijil tahun 90’an kami atu ? Perlukah kami membuang masa mengambil periksa STPU atau A’Level lagi balik-balik supaya sijil tetap FRESH ? Kami sepatutnya sudah dapat HND masa mula masuk dulu malangnya permohonan masa sekarang pun kena tolak jua. Macam menganiaya jua usulnya. Kalaulah betul berlaku penganiayaan, mudah-mudahan Allah swt memberikan balasan yang sewajarnya. Siapakah yang akan memperjuangkan nasib kami ?

Aku juga ada mendengar cerita dari seorang pemohon yang ditolak yang merasa hairan ada seseorang ditempat kerjanya yang hanya mempunyai 2 A’Level tapi diterima masuk Degree sedangkan dia yang mempunyai keputusan 3 A’Level yang lebih tinggi grednya inda kena terima sekalipun dalam HND.? Dan lagi satu, kenapa ramai sangat pemohon LDP perempuan ?

P/S: Ada suara-suara sumbang mengatakan kononnya ini bukan rezekiku. Persoalannya, apakah manusia lain yang menentukan rezeki kitani ? Aku sudah berusaha tapi manusia lain yang menggagalkannya.

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.