KHEU – Coklat Cadbury bebas DNA khinzir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun ? Kementerian Hal Ehwal Ugama semalam mengesahkan bahawa Produk Coklat Cadbury bebas DNA khinzir selepas diuji di dua buah makmal kerajaan.

Menurut kenyataan media, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengambil sampel produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond serta produk-produk coklat Cadbury yang lainnya untuk dianalisis.

Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond serta produk-produk coklat Cadbury lain yang diuji.

Kementerian Hal Ehwal Ugama turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Sains Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik atas kerjasama yang diberikan.

Rujukan: Kenyataan media berkenaan keputusan ujian DNA babi dalam produk Cadbury | JAKIM sah dua coklat halal

Leave a Reply