Bil elektrik yang terlampau

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Jabatan Perkhidmatan Elektrik ingin memaklumkan pelanggan-pelanggan kesilapan dalam cetakan jumlah bil elektrik bulan Oktober.

Menurut kenyataan Jabatan Elektrik, akaun-akaun pelanggan yang terjejas adalah akaun yang bermula dengan 010, 011,013, 031, 050, 051, 052, 053, 060m 062m 310, 319, 320, 410, 420, 430, 710, 760, 830, 840, 860 dan 901.

Bil baru yang telah dibetulkan akan dihantar kepada pelanggan-pelanggan yang akaun mereka terjejas, untuk menggantikan bil akaun yang diterima sebelumnya.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan pelanggan-pelanggan yang terjejas boleh pergi ke mana-mana kaunter pertanyaan Jabatan Perkhidmatan Elektrik terdekat bagi penjelasan selanjutnya.

P/S: Tajuk diubah supaya nampak lebih menarik perhatian. Terlalu ramai yang terkena. Bagaimana kesilapan ani boleh berlaku ? Kenapa inda durang check sebelum bil atu dicetak, dimasukkan dalam sampul dan dipos ? Zzzzzzzzz.

This entry was posted in Kurapak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.