Kemalangan Helikopter – Pilot jadi punca

[flv]http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/images/stories/videos/020912_08.flv[/flv]

LEMBAGA PENYIASATAN TERTINGGI BAGI PESAWAT BELL212 ADAKAN SIDANG MEDIA

BOLKIAH GARISON, Saturday 1 September 2012 ? Satu sesi persidangan media telah berlangsung di Bangunan Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bolkiah Garison untuk memaklumkan hasil penemuan Lembaga Penyiasat Tertinggi terhadap Kejadian Nahas Pesawat Bell212 milik Tentera Udara Diraja Brunei yang telah mengakibatkan kematian 12 orang dan kecederaan kepada 2 orang anggota ABDB.

Mewakili panel dari Kementerian Pertahanan semasa sesi persidangan tersebut ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB, dan Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei selaku Ketua Lembaga Penyiasatan Tertinggi.

Laporan dari Ketua Lembaga Penyiasatan tertinggi telah menyatakan bahawa Pesawat Bell 212 milik Tentera Udara Diraja Brunei bersama 14 orang anggota (3 krew pesawat dan 2 jurulatih, 1 kakitangan dan 8 Pegawai Kadet, Sekolah Pegawai Kadet) telah terhempas berdekatan dengan Wasai Wang Tebadak, Mukim Labi pada hari Jumaat, 20 Julai 2012 ketika membuat penugasan pengangkutan balik anggota yang telah menjalani latihan ketenteraan dari Tapak Pendaratan KB 404 ke Tapak Pendaratan KB 199. Pesawat tersebut dipercayai terhempas kira-kira jam 10.15 pagi.

Pesawat berlepas dari pangkalan TUDB sekitar jam 8.55 pagi dan perhubungan radio terakhir pesawat dengan Brunei Radar ialah pada jam 9.17 pagi. Mengikut prosedur penerbangan Kawalan Lalulintas Udara, Jabatan Penerbangan Awam, setiap pesawat yang beroperasi di ruang udara negara adalah dikehendaki membuat perhubungan ?ops normal call? setiap 30 minit. Akan tetapi tidak ada sebarang perhubungan yang dibuat selepas itu dan pihak Kawalan Lalulintas Udara, Jabatan Penerbangan Awam tidak melakukan tindakan ?INCERFA? (uncertainty phase) dan memaklumkan kepada pihak ABDB untuk melaksanakan distress procedure. Ini berlarutan sehingga beberapa jam kemudian mengakibatkan tindakan ?alerting service? tidak dilaksanakan mengikut prosedur.

Operasi Mencari dan Menyelamat hanya dimulakan sejurus pesawat tersebut disahkan hilang oleh pihak Tentera Udara Diraja Brunei kira-kira jam 1.53 petang. Serpihan pesawat ditemui di kawasan berdekatan Wasai Wang Tebadak kira-kira jam 3.55 petang.

Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan Tertinggi pada 25 Julai 2012. Lembaga ini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyiasatan ke atas pesawat yang terhempas dan mencari punca serta fakta-fakta yang berhubung kait dengan kemalangan tersebut serta membuat saranan-saranan yang perlu diambil agar kemalangan seumpama ini tidak berulang lagi.

Lembaga Penyiasatan ini juga dibantu oleh beberapa buah organisasi pakar penyiasatan pesawat dari luar negeri iaitu Pratt and Whitney Canada dan Bell Textron United States dan United States Army Combat Readiness Center ? Air Accident Investigation Team. Lembaga Penyiasatan telah mendapati fakta-fakta berikut:

a. Environment. Cuaca semasa kejadian adalah baik dan tidak menjejaskan operasi penerbangan.

b. Material. ?Airworthiness? pesawat tersebut adalah ditahap yang sepatutnya. Tiada bukti yang menjurus kepada pesawat menghadapi sebarang masalah teknikal sebelum pesawat terhempas. Perkara ini turut disahkan oleh 3 tim penyiasat luar negara yang berasingan.

Fakta punca kemalangan adalah seperti berikut:

a. Human Factor. Punca utama pesawat tersebut terhempas ialah atas kesilapan manusia (Human Error). Pesawat berkenaan terlibat dalam Controlled Flight into Terrain (CFIT) semasa membuat penerbangan unauthorised low level flying.

b. Procedure. Juruterbang telah melakukan penerbangan yang bertentangan dengan prosedur iaitu unauthorised low level flying.

Lembaga Penyiasatan secara gambaran terdekat mendapati bahawa sebelum kejadian, juruterbang telah melakukan unauthorised low level flying dengan kelajuan sekitar 60-80 knots dikawasan Wasai Wang Tebadak (LP KB 195A) dan seterusnya telah mengerengkan (banking) pesawat dengan anggaran 45 darjah untuk mengikuti laluan sungai. Pesawat telah tersasar dan terturun dari ketinggian asal disebabkan faktor G-force. Pesawat merempuh dahan-dahan kayu pokok pertama dan tidak melalui laluan yang dihasratkan setelah didalam keadaan straight and level. Pada saat-saat akhir pesawat cuba untuk menaikkan ketinggian tetapi tidak berhasil dan terus merempuh dua pokok besar.

Beberapa saranan tegas telah diajukan dalam laporan awal pertama pada 6 Ogos 2012 dan beberapa tindakan khususnya dalam menguatkan lagi proses dan prosedur serta aspek keselamatan telah diambil. Laporan lengkap akan dihadapkan pada 16 September 2012, termasuk saranan-saranan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Insya?Allah.

Turut dikendalikan pada hari ini ialah satu sesi berasingan bagi penyampaian laporan Lembaga Penyiasatan Tertinggi kepada ahli-ahli keluarga anggota ABDB yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat Bell212. Sesi tersebut telah berlangsung pada sebelah tengahari di Mes Pegawai Bolkiah Garisen.

Rujukan: http://www.mindef.gov.bn/MOD2/index.php?option=com_content&view=article&id=1469:liputan-media-pesawat-bell-212-terhempas-di-ulu-rampayoh-mukim-labi-pada-20-julai-2012&catid=1:news&Itemid=92

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.