Kedai tayar penipu jual tayar lama

Pada minggu lepas teringin rasanya kan menukar tayar kereta yang sudah lama. Kereta lama atu jarang dipakai. Inda disedari rupanya tarikh tayar dibuat pada minggu ke-48 tahun 2007 (4807) walaupun nampak masih baru dengan bunga yang tebal. Tayar selamat digunakan dalam tempoh 4 tahun saja. Biar rugi duit jangan cedera parah eksiden disebabkan tayar. So, aku pun cari punya cari punya cari akhirnya singgah disebuah kedai tayar besar SIN HUP HUAT dijalan 15, simpang 15 Bangunan Hj Mohd Tahir dan Hui (seberang Menglait). Masa atu durang ada promosi 15% diskaun dan setiap pembelian 2 tayar dapat voucher Hua Ho $10. Nampak menarik namun ada rahsia disebaliknya.

Sebelum membeli seperti biasa mestilah aku check dulu tayar baru atu. Pekerjanya yang mungkin Indon menunjukkan aku tayar TRIANGLE buatan cina dengan tarikh tayar (3311)? yang bermaksud minggu ke-33 pada tahun 2011. Jadi, aku pun bersetuju menukar 4 biji tayar. Masa durang menukar aku masuk kedalam kedainya yang beraircond untuk berehat. Ku lihat durang membuat dengan cepat. Ku fikir masa atu mungkin andang servisnya sudah cematu. Sudah siap, aku check balik rupa-rupanya taukeh bagi aku tayar yang bertarikh (4910) minggu ke-49 tahun 2010. Bila ku tanya pekerja yang masih memasang tayar masatu, durang diam saja sambil tersenyum. Mungkin rasa bangga kerana berjaya membuat penipuan. So marahlah ku pada taukehnya bini-bini dengan penipuan macam ani. Masa minta contoh ditunjukkan tayar keluaran tahun 2011, sudah pasang dibagi tayar tahun 2010. Ini penipuan, kataku pada boss cina bini-bini atu. Mulalah ia membagi alasan kononnya tayar baru habis stok. Ku jawap balik, kalau habis stok kenapa inda bagitau awal-awal aku boleh cari tempat lain. Lepas atu dia bagi alasan bodoh lagi seperti katanya tayar tu boleh pakai 5 tahun lagi. Jadi kononnya boleh pakai sampai tahun 2017. Tayar keluaran 2010 buatan cina boleh dipakai sampai 2017 ? Amat merbahaya. Tayar hanya selamat digunakan dalam tempoh 4 tahun.

Dulu pun aku pernah ditipu oleh kedai tayar dijalan Jangsak. Jika kita drive dari Beribi menuju Jangsak, kedai tayar atu adalah yang terakhir sekali disebelah kiri sebelum simpang T, Kilanas. Tayar yang baru dibeli, selepas pakai 6 bulan memandu tiba-tiba kereta jadi terlompat-lompat dalam perjalanan. Apabila diperiksa rupa-rupanya ketika membeli tayar tersebut sudah berumur 4 tahun. Tayar jadi kembang tanggal dari dawainya. Nasib baik tidak berlaku eksiden. Apabila dirujuk balik pada boss cina kedai tayar tersebut, ia tidak mahu mengganti rugi. Aku sudah membayar harga penuh tapi dia menjual barang yang rosak. Aku rugi diberikan barang rosak. Katanya, ia pun rugi sebab dapat tayar tu. Bodoh, jadi pelanggan pun disuruhnya ikut sama menanggung rugi ? Last sekali, ia hanya mau refund separuh saja. Itu pun nasib baik masih ada reset. Lepas tu aku cakap aku akan bagitau semua orang pasal ni. Dia cakap pegi bagitaulah,? so…

Ani tah yang membari malas kalau berurusan bisnes dengan cina. Suka menipu demi meraih keuntungan disebabkan lemahnya consumer protection dinegara kitani. Kalau di Great Britain, setiap produk ada warranty 1 tahun. Jika rosak dalam setahun, pelanggan berhak dapat barang ganti yang baru atau 100% kembali wang mereka. Consumer protection disana begitu kuat, bukannya malas.

* Tayar yang dibeli seperti gambar diatas, jenis TRIANGLE buatan China berharga B$65. Dengan diskaun 15% menjadi $55.25. Kononnya sudah murah kerana Brunei Salesbration. Tapi jika kita pandai mencari, 1 tayar buatan China jenis WESTLAKE size 13 boleh dapat pada harga $50 sahaja jika membeli lebih dari satu. Tayar itulah yang ku pakai 4 tahun sebelum ianya diganti.

This entry was posted in Kurapak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.