Internet laging lagi

Setiap kali hujan talian eSpeed mesti drop. Ada connection tapi inda jalan sekalipun pada jam 2 pagi.? Talian 3.5Mbps tapi pada kelajuan 0.0 Mbps ? Teruk. Macam atu jua kalau hari minggu atau musim cuti sekolah. Iklan gegak gempita mencari pelanggan tapi network dan service tiada peningkatan. Kadang-kadang aku terfikir, yang ku pakai ani eSpeedkah atau eS2peed ?

Dan lagi satu, masalah bil yang salah. Aku punya subscription sepatutnya dibayar $88 tapi dalam bil masih $75. Kitani sudah jujur kan membayar yang tepat. Kesilapan bodoh seperti ini amat menyusahkan pelanggan kerana kitani terpaksa datang ke HQ Telbru di Airport Lama untuk mengingatkan akan kerja durang yang tersilap. Durang punya silap tapi kitani pulang yang terpaksa datang. Sepatutnya, pihak Telbru yang mesti datang kerumah kitani untuk membetulkan kesilapan durang sendiri. Seperti biasa aku pun terpaksa datang. Seperti biasa, durang mengaku akan membuat pembetulan. Dan seperti biasa, setelah berbulan-bulan kesilapan berlaku masih tiada pembetulan.

P/S: Terpaksa internet pakai line dst. Ada pampasankah ?

This entry was posted in Internet, Kurapak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.