Hukuman kes curi yang berlainan.

Liputan akhbar dibawah menceritakan kes curi barang bernilai $54.98 di Giant Hypermart. Tidak ada berlaku pergelutan. Jika sabit kesalahan sipencuri akan dikenakan denda membayar $1000 dan boleh dikenakan penjara hingga 3 tahun.

Pada awal bulan November 2011, seorang pondan pekerja Saloon berhampiran telah meragut (lebih ganas dari curi) beg tangan seorang perempuan dikedai runcit Serumpun Indah, Jalan Bengkurong. Ragut boleh mendatangkan kecederaan parah dan menyebabkan kematian seperti mana yang terjadi di Malaysia.? Mangsa kehilangan pulohan wang ringgit, terpaksa keluar duit lagi untuk membuat kad pengenalan, kad atm bank dan lain-lain lagi.? Jumlah kerugian dianggarkan $150 belum termasuk nilai beg tangan avon yang tidak dikembalikan. Namun sipencuri atau siperagut tadi DIKATAKAN hanya didenda 4 bulan penjara dan membayar pampasan hanya $100 sahaja, walaupun pihak akhbar menyatakan $400. Kes sipondan yang meragut ini boleh dibaca disini http://www.hoskitani.com/?p=1431 atau akhbar Borneo Buletin Jumat, 25 November 2011.

Tidak akan berlaku kelainan atau perbezaan jika sekiranya berpandukan hukum hudud Islam. Hukuman bagi kes mencuri jika sabit kesalahan cumalah satu iaitu potong tangan, tidak kira sama ada kejadian berlaku digedung perniagaan atau pada orang perseorangan.

Denda $1,000 gara-gara curi kaca mata renang

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah atas kes curi yang dilakukan di Giant Hypermart Tasek Rimba dalam laporan yang diterima Balai Polis Berakas pada 23 Disember 2011.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit yang dilihat melalui CCTV menimbulkan kecurigaan dan sebaik saja lelaki terbabit cuba untuk keluar dari gedung berkenaan tanpa membuat pembayaran, pengawal keselamatan menahan suspek.

Sebaik saja suspek ditahan, dua kaca mata renang jenama Sport berjumlah $54.98 disembunyikan di tepi poket seluar ditemui dan suspek diserahkan ke Balai Polis Berakas.

Suspek dihadapkan ke mahkamah dengan niat melakukan curi dan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek juga boleh di jatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau keduanya sekali.

Semasa dihadapkan ke Mahkamah, suspek mengakui kesalahan dan pada 24 Disember 2011.

Mahkamah memerintahkan suspek membayar denda $1,000 dan hukuman penjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu.

 

This entry was posted in Berita / News, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.