GOLDEN CHURN – Dalam status Syubhah (meragukan)

Pada hari Sabtu lebih kurang jam pukul 6 waktu hampir kan sungkai, aku jalan ke Giant Hypermarket cari buah kurma. Masa atu kelurusan ada berita Radio. Ia ada membagitau bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihati orang ramai untuk meninggalkan penggunaan mentega GOLDEN CHURN buat masa ini disebabkan Majlis Agama Islam negara jiran sendiri inda pasti, sekejap kata halal, sekejap lagi kata haram atas alasan ada DNA babi. So, kira Kem. Ug Brunei ikut rentak negara jiranlah. Mun masalah melihat anak bulan pun ikut rentak negara jiran, alangkah baiknya. Difahamkan ketika ini Majlis Agama Islam Sarawak meminta pemilik restoran, catering, hotel atau kedai-kedai supaya melakukan SAMAK pada alat perkakas dapur mereka sekiranya menggunakan mentega tersebut.

Masalah timbul apabila mentega ini diperiksa kandungannya di Sarawak dan mereka mengatakan ada DNA babi sedangkan pemeriksaan yang dibuat di Brunei tidak mendapat adanya DNA babi. Dari sudut syariah, perkara yang tidak diketahui halal atau haramnya termasuk dalam kategori SYUBHAH (meragukan). Berdasarkan hadis Rasul, setiap perkara syubhah hendaklah ditinggalkan.

Boleh saja DNA babi tersebut mungkin ada pada peralatan makmal di Sarawak. Apabila dibuat pemeriksaan pada mentega Golden Churn, maka dikatakanlah ada DNA babi. Kenapa makmal Sarawak saja yang mengatakan ada dna babi dalam mentega tu ? Sudahkah dipastikan kebersihan mesinnya sebelum pemeriksaan dibuat ?

So, macamana dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan Brunei hari tu yang mengatakan tiada DNA babi dalam Golden Churn ?

Berikut ialah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam mengenai mentega Golden Churn Pure Creamery, dipetik dari akhbar MEDIA PERMATA Isnin, 8 Ogos 2011:

“Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali umat Islam di negara Brunei Darussalam, berikutan dengan pengumuman kajian dari negara jiran tentang kedudukan kehalalan Golden Churn Pure Creamery Butter.

“Satu analisis tempatan telah dijalankan sebelum ini oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik di Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Berdasarkan laporan analisis yang dikeluarkan pada 25 Julai 2011, tidak ada DNA babi atau khinzir dikesan dalam produk Golden Churn Pure Creamery Butter.

Berdasarkan laporan analisis dan siasatan awal yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, produk Golden Churn Pure Creamery Butter adalah selamat dan kehalalannya tidak diragui serta boleh digunakan oleh orang Islam di negara ini.

“Baru-baru ini, beberapa siaran media negara jiran telah mengeluarkan laporan-laporan yang bercanggah mengenai perkara ini iaitu pengesahan kehalalan produk tersebut dan dakwaan yang produk tersebut mengandungi DNA babi atau khinzir.

“Maka berdasarkan berdasarkan kaedah hukum Syara’, kedudukan seumpama ini boleh dijadikan sesuatu produk itu tergolong dalam perkara syubhah yang bermakna kehalalan dan keharamannya tidak jelas dan boleh menimbulkan keraguan.

“Sebagai langkah berhati-hati, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihatkan orang ramai khususnya sekali umat Islam di negara ini untuk buat sementara waktu mengelakkan daripada menggunakan produk tersebut, sehingga satu maklumat lanjut mengenainya diumumkan kemudian oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama negara Brunei Darussalam.”

UPDATE: Berita pasal GOLDEN CHURN dalam Bruneitimes dan disini.

This entry was posted in Berita / News and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.