Go! Broadband Unlimited 4G LTE pada kualiti EDGE

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=5QWB6wpzbQU[/youtube]

Belum habis masalah kecurian kredit EASI, kini pengguna Go! Broadband Unlimited 3G pula yang jadi mangsa penipuan. Dulu pakai simcard 3G boleh dapat kelajuan internet sampai 6Mbps. Baru-baru ini pada bulan Julai 2014, DST hantar surat memaklumkan tawaran upgrade simcard 3G ke 4G percuma. Fikir tah laju speednya. Namanya 4G LTE, mestilah laju. Sehari saja laju boleh dapat sampai 31Mbps, lepas atu esoknya speed kena kontrol oleh DST jadi 2.8Mbps saja. Pemeriksaan kelajuan dibuat di www.speedtest.net dengan memilih server DST di Tungku. Jika user pilih server Singapore atau luar negeri, speed akan jatuh lebih teruk lagi. KUALITI HANCUR.

Ingat! kebanyakkan website yang kita surf disimpan dalam server diluar negeri, bukan dalam server dst. Yang ada website, faham ni. Jadi, speed yang perlu dicheck sudah tentulah kita pilih server luar negeri. Speed internet kena kontrol ini hanya berlaku bagi pengguna Go! Broadband Unlimited. Bilaku check speed kelajuan moble line EASI 4G, speed internet masih laju macam biasa melimpasi 25Mbps. Tapi siapa sanggup surfing 4G LTE pakai kredit EASI, Sudah tah kredit pengguna kena curi pandai hilang kan kena hentam lagi melalui Go!Broadband. Kononnya kredit EASI hilang sebab subscribe Wondering yg bayarannya $3.00. Kalau dah penipu tu, mesti inda pandai belurus. Pengguna bukannya hilang kredit $3 sebulan tapi ada yang $5 sehari. Ada refund ? Langsung tiada. POTONG PUN POTONGLAH. HARAM PUN HARAMLAH.

Bila ditanya kepada operator perempuan 151, dia sendiri tidak dapat memberikan jawapan kenapa speed 3G broadband sebelum ini lebih cepat dai 4G LTE. Operator perempuan semacam tidak faham pasal teknologi ini. Baru bercakap seminit, operator akan minta tunggu sebentar sampai 4-5 minit. Operator cuba memberi alasan kononnya ada surat makluman berkenaan dengan Fair Usage Policy. Ya, surat atu dapat difahami tapi tiada penjelasan bilakah Fair Usage Policy atau speed internet kena kontrol. Adakah selepas 10GB penggunaan atau 15GB, 30GB, 100GB ? Tiada penjelasan dari 151 mahu pun dari website dst setakat 11 Julai 2014.

Nasib kau baik DST. Kalau dibarat sudah lama kena saman sebab menipu dalam bisnes. Pelanggan bayar untuk dapatkan speed 7.2Mbps (3G) tapi inda pernah pelanggan dapat. Apa tah lagi 4G LTE yang kononnya laju. Hentikanlah iklan penipu dalam Radio Kristal FM itu kerana ia sangat menipu didengar. Umpama membeli lauk 1 KG pada harga $10. Kita bayar $10 tapi kena bagi 0.3 KG saja. Persoalannya sekarang, kenapa pelanggan dimestikan membayar penuh sedangkan speed internet pelanggan tidak dapat sepenuhnya ? Halalkah itu ? Sudah tentu HARAM. Bila sudah terbiasa makan barang haram, hati jadi gelap tidak takut melakukan perkara haram seterusnya.

ADALAH TERSANGAT-SANGAT DIHARAPKAN DAN SANGAT-SANGAT DISERU KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN SUPAYA DAPAT MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI LAIN UNTUK MEMBERIKAN SERVIS MEREKA DI BRUNEI. MEMBIARKAN SEBUAH COMPANY SAJA MEMONOPOLI PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI ADALAH SANGAT-SANGAT MEMBEBANKAN RAKYAT JELATA. ADA PUN SEBUAH LAGI COMPANY TAPI UMPAMA HIDUP SEGAN MATI TAK MAU. KUALITI INTERNETNYA MASIH DITAHAP BURUK SEKALIPUN SUDAH DIAMBIL ALIH. PENGGUNA MEMERLUKAN SYARIKAT 4G YANG LAIN LAGI.

This entry was posted in Kurapak and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.