ESpeed – Upgrade ke 3.5Mbps

Bersempena dengan iklan suspen hari tu, aku pun upgrade line ESpeed dari 2.0Mbps ($75) menjadi 3.5Mbps ($88). Masa mula membuat akaun eSpeed dulu, pihak Telbru mengatakan kononnya line Espeed ani dedicated gerenti dapat full speed, inda macam wireless broadband (Zoom & Go broadband) yang pakai gelombang. Mula-mula dulu pakai talian 640Kbps, selalu dapat full. Upgrade naik jadi 1.5Mbps, tidak pernah mencapai 1.4Mbps. Sekarang upgrade naik jadi 3.5Mbps (Mega bit per second). Dengan talian 3.5Mbps, download file sepatutnya boleh dapat 437 KB (kilo byte) sesaat. Tapi selalunya yang ku dapat hanyalah sekitar 350KB atau bersamaan dengan 2.8Mbps saja. Dimana silapnya ?

Kalau tanya pada operator, lazimnya durang akan menyalahkan pengguna terlebih dahulu. Kononnya setting komputer salahlah, kabel ethernet atau wayar telefon rosaklah, pakai windows cetak rompaklah, kononnya website yang diaga seboklah. Bahkan ada operator yang sudah sinonm menyebut ” SUDAH RESET MODEM. SUDAH TUTUP KOMPUTER 10 MINIT”. Kesemuanya sudah dibuat, tutup plug karan komputer sebelum kerja lepas balik kerja baru buka, pakai komputer yang sudah setup dengan windows 7 genuine lepas tu driver lan dan wireless lan pun diupdate yang latest version,, tukar kabel baru, sambung terus kabel dari modem ke komputer tanpa router, pun masih sama lakat masalahnya. Kadang-kadang test speed dibuat pada waktu tengah malam atau subuh, pun masih sama. Masihkah ini dikatakan silap pengguna ?

Silakan buat test pada tengah malam di http://www.speedtest.net dan pilih server Telbru, Brunei. Pengguna juga boleh buat test speed di http://bandwidth-tester.brunet.bn atau di http://202.160.42.10/index.html yang menggunakan server Telbru. Sepatutnya connection dalam negeri dapat full speed. Indakan server Brunei pun sentiasa sebok dilawat orang. Dibawah contoh speed yang ku dapat dengan talian 3.5Mbps ($88). Sungguh menyedihkan. Lebih baik lagi eSpeed 2.0Mbps ($75).

CARA MENGIRA KELAJUAN INTERNET

Lazimnya, penyedia internet (ISP) menyebut kelajuan internet dalam bentuk Mbps contohnya 1.5Mbps, 2.0Mbps, 3.0Mps atau 7.2Mbps. Mbps itu bermaksud Mega bit per seconds, bukan Mega Byte per seconds. Mega bit dan Mega Byte ada perbezaannya. Tapi dalam komputer kitani sudah terbiasa dengan Mega Byte atau Kilo Byte. Jadi, cara mengiranya ialah mula-mula tukarkan setiap 1Mbps menjadi 1000 Kbps dan bahagikan speed Kbps atu tadi kepada 8.

Contohnya:

3.5Mbps (3500Kbps)

3500 Kbps ? 8 = 437.5 Kilo Byte per seconds.

So, kalau sebuah lagu mp3 bersaiz 4.5 MB, download hanya akan makan masa dalam 12 saat.

Bagaimana dengan wireless broadband 7.2Mbps ? Kiralah sendiri.

This entry was posted in Internet and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.