ESpeed – Upgrade bandwidth ?

Pada 1hb April 2010, TELBRU memaklumkan telah mengupgrade kelajuan broadband espeed secara percuma. KONONNYA, eSpeed Lite Surf yang kubayar $88 sebulan akan diupgrade dari 640Kbps kepada 1.5Mbps (1536Kbps). Sebelum upgrade, espeedku selalu mendapat full speed 640Kbps dan ada masanya terlebih menjadi 641Kbps atau 645Kbps disebabkan stesyen Exchange Telbru inda jauh dari rumah. Selepas upgrade ? Kelajuan eSpeedku paling tinggi pun setakat 1385Kbps saja. Kenapa inda dapat full ? Espeed ani FIXED SPEED yang pakai wayar, yang kononnya inda share, bukan macam wireless broadband yang ada saja gangguan dan sharing dengan pulohan pengguna disekitar.

Sudah dibuat report pada 121, tapi jawapan yang diterima adalah nonsense. Kononnya website yang diaga atu memang sebok masa tu, kononnya masa tu cuti sekolah, pelajar banyak menggunakan. Semuanya nonsense sebab, website yang diaGa atu adalah SPEEDOMETER (Flash) & BANDWIDTH METER, tempat mencheck kelajuan bandwidth yang menggunakan server dalam negeri Brunei jua. Waktu mencheck jua adalah ditengah malam, 3.00 pagi dan ada masanya waktu subuh. Inda mungkin ramai orang surfing arah SPEEDOMETER masa tu jua. Hal ani berlaku sejak dari bulan April lagi, sebelum cuti sekolah penggal kedua. Bayangkan, kalau dalam negeri pun sudah speed inda cukup apa tah lagi kalau surfing website pakai server luar negeri.? Operator jua memaklumkkan akan menghubungi technician espeed yang mana sampai sekarang masih belum muncul. Belangau menunggu.

Screenshot dibawah.

Hasil check bandwidth di BANDWIDTH METER pada jam 2.50 pagi.

Hasil check bandwidth dengan SPEEDOMETER pada masa yang sama.

Check speed di www.speedtest.net ke Singapore, ping 188ms terbaik dibandingkan dari negara lain.

P/S: Dari dulu sudah kena bagitau kononnya kabel fibre sudah siap. Sampai sekarang masih hanya khabar. Di Singapore, pelanggan boleh dapat broadband selaju 15Mbps dengan bayaran hanya $59.90 /bulan. Wake up!

This entry was posted in Internet and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.