Espeed sudah nazak

Sejak dari minggu lalu, eSpeed bolehlah diumpamakan seperti makhluk yang sedang nazak dan bakal mati ganya lagi. Langsung inda berfungsi, disonnected atau kalau berfungsi hanya beberapa minit kemudian disconnect balik. Setiap hari dikomplen talian 121 dan email info@telbru.com.bn namun masih sama, masih tiada tindakan, pihak berkenaan masih BERMALAS-MALASAN untuk datang membuat pemeriksaan. Complaint fall on deaf ears. Barangkali mereka teramat lupa bahawa dari duit customer itulah datangnya gaji bulanan mereka. Aku rasa adalah amat perlu dihantar pegawai ugama berkaliber untuk membuat ceramah kepada semua pekerja Telbru khususnya ESpeed dari atas kebawah tentang akan halal dan haramnya jual beli barangan atau servis jika inda setimpal dengan bayaran. Dalam kes seperti ini, pelanggan membayar harga penuh namun mendapat servis yang teruk tidak setimpal. Bayangkan, biskita membeli durian pada harga $10 untuk 4 biji tetapi hanya 1 biji saja yang baik. Yang lain semua buruk. Apa rasa anda ?

Adalah amat-amat dicadangkan supaya pihak berkuasa dapat membenarkan syarikat atau kompeni lain untuk memberikan khidmat servis internet berwayar (bukan wireless broadband) untuk memantapkan lagi ICT Brunei Darussalam. Barulah tidak dikatakan Brunei ini tidak ketinggalan ICT atau teknologi seperti mana anggapan dari negara jiran ketika ini. Kita ambil contoh kemajuan dari negara barat seperti UK atau USA, disana banyak kompeni yang menyediakan perkhidmatan internet dengan menggunakan cable optic pada kelajuan diatas 50 Mbps. Dengan banyaknya kompeni baru ada saingan yang sehat dan pihak yang mengunakan nama korporat pada nama saja namun bukan pada servis sudah tentu hanya akan dipandang saja. Tolonglah wujudkan kompeni lain untuk menyediakan talian kabel optik fibre sebab aku benar-benar kan berhenti melanggan eSpeed yang eS2pid atu. Jangan hanya dibiarkan satu kompeni sahaja memonopoli wired broadband namun mereka sendiri tidak terungkayahkan atau tekabir.

P/S: Membayar $93 termasuk telefon untuk eSpeed pada kelajuan 0 Mbps adalah satu kebodohan kezaliman yg nyata.

Update: Hanya bermula pada 26hb Januari barulah servis eSpeed berjalan lebih lancar dari sebelum ini. Lebih lancar disini bermaksud masih tetap ada talian disconnected tapi bukan dalam masa berjam-jam berjam-jam. Namun masih dianggap kurang memuaskan dibandingkan pada minggu lepas yang sentiasa connected. Hampir 2 minggu mendapat talian internet yang buruk adakah aku akan mendapat diskaun bayaran bulanan ? Seperti biasa, sudah tentu tiada.

Update:? Setelah 15 hari mendapat servis internet tidak memuaskan, barulah pihak Telrbu menghantar technician untuk membuat pemeriksaan dirumah. Hasil pemeriksaan mendapati modem Huawei telah mengalami kerosakan. Jika pihak Telbru datang lebih awal ketika laporan pertama dibuat dulu, pasti aku tidak kerugian masa 15 hari dan wang membeli cable ethernet..

This entry was posted in Internet, Kurapak and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.