Driver mau cepat, cuai, inda berdisiplin

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Ho-HJNYE5dQ[/youtube]

Tempat: Dijalan rentas Bengkurong-Junjungan. Tidak jauh dari Telekom Bengkurong.

Oleh lain pun geragas jua. Mau cepat jua tapi masih ikut peraturan. Perbuatan ini selalu berlaku ditempat tersebut. Ramai driver cuai pentingkan diri sendiri tidak peduli keselamatan driver lain. Memotong disebelah kiri kemudian membelok kekanan. Ada jua yang pernah dilihat pura-pura berlakon memasang signal kiri. Sudah hampir simpang terus membelok kekanan sampai hampir kan berlanggar dengan orang lain. Orang luar dengan flat lesen WMD pun sudah pandai ikut-ikutan. Apakah tunggu berlaku kemalangan terlebih dahulu baru dibuat tindakan ? Pesalah trafik macam atu patut dikenakan saman kompaun. Cuba tah pihak yang berkenaan atu menaruh atau menimbuk sesuatu disana supaya orang inda dapat memutong sesukati lagi disana. Pihak polis cuba tah pasang perangkap bergambar macam speedtrap. Bukan di Damuan saja kan ditunggu.

Aku sendiri pernah kan terlanggar dengan driver inda bertamadun macam ani. Aku sudah berada didepan sekali kan keluar membelok kekanan. Tiba-tiba disebelah kiri keretaku, ada sebuah kereta lain datang dari belakang yang dipandu oleh orang 50’an bersama keluarga memotong barisan terus membelok kekanan. Sikit lagi kan berlanggar. Peliknya, aku pulang ditantangnya seolah-olah aku yang salah inda mengikut peraturan. Kalau inda mau ikut peraturan, pegi tinggal dalam hutan atau pakai saja motorboat.

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.