Derma SMS Brunei untuk anak-anak yatim

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin ? Projek SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak yatim 2010/2011 telah bermula hari ini hingga 5 Februari 2011 apabila pelancarannya disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA, Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Awang Haji Mohammad Haji Daud.

Dua buah syarikat telekomunikasi telah bersedia memberi kemudahan perkhidmatan SMS ini iaitu Kumpulan DST dan Syarikat B-Mobile Sdn Bhd.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan mereka kepada dana anak-anak yatim, boleh berbuat demikian melalui kiriman SMS sama ada $1 atau $5 atau $10 atau $20 dan setiap SMS yang dikirim khusus buat sumbangan ini tidak akan dikenakan sebarang caj perkhidmatan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan.

Bagi pengguna DST dan B-Mobile, mereka boleh membuat sumbangan dengan menaip kata laluan DANA, diikuti jumlah sumbangan (1 atau 5 atau 10 atau 20) tanpa jarak dan menghantarnya ke nombor 38111, seperti contoh DANA5 ( bagi sumbangan $5) dan setiap kutipan yang diterima melalui SMS akan dimaklumkan kepada orang ramai dari masa ke semasa melalui rangkaian radio dan televisyen Brunei.

Sumber: Media Permata

This entry was posted in Berita / News and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.