Derma anak yatimkah atau cari duit untuk parti Krismas

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Dis – Dalam kemeriahan orang ramai dan pengunjung menikmati hujung minggu bersama-sama keluarga di Pantai Muara, sekumpulan warga asing mengejutkan beberapa pengunjung pantai dengan meminta derma untuk anak-anak yatim.

Ketika media dihubungi oleh Dayang Salina hari ini, beliau melahirkan rasa kecewa dengan cara dan taktik yang dilakukan oleh sekumpulan warga asing yang mengutip derma dengan menggunakan Tabung Untuk Anak-Anak Yatim bagi mendapatkan derma daripada orang ramai.

Menurutnya, tidak salah untuk mengutip derma bagi membantu orang yang memerlukan tetapi cara yang dilakukan oleh sekumpulan warga asing itu menimbulkan keraguan.

Beliau menjelaskan, “sekumpulan warga asing itu, mula-mula menyapa dengan mengucapkan Selamat Hari Natal dan diikuti dengan meminta derma untuk membantu anak-anak yatim,” tambahnya.

Katanya lagi, seperti yang kita ketahui, cara untuk mendapatkan wang pada masa ini banyak cara dan taktik yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab antaranya seperti dengan menggunakan nama tabung untuk membantu anak-anak yatim.

Dayang Salina seterusnya berharap supaya orang ramai jangan tertipu dan berhati-hati sementara pihak yang berkaitan supaya akan dapat mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjwab tersebut.

Rujukan: Media Permata, Selasa, 13 Disember 2011.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.