DAHSYAT – Bil Espeed $238.00 sebulan.

DAHSYAT. MEMANG DAHSYAT. Bila ku check bil melalui online www.telbru.com.bn, bil eSpeedku bagi bulan September saja $238.00, belum termasuk bil telefon $18.00 dan jumlah tertunggak bulan lepas. Langganan eSpeed paling tinggi pun $125.00 bagi kelajuan 5Mbps. Tapi aku subscribe Super Surf Plan 3.5Mbps $85 sebulan. Persoalannya, berapakah kelajuan yang akan ku dapat dengan membayar $238.00 sebulan ? 100Mbps ?

Berdasarkan pengalaman lalu, apabila melibatkan masalah bil Telbru, aku akan terpaksa menelefon balik-balik dan kitani terpaksa mengaga durang pulang walaupun Telbru yang buat kesilapan. Sepatutnya pakai Telefon pun sudah cukup memandangkan durang adalah penyedia servis telefon di Brunei. Setelah 2,3 bulan baru masalah bil akan diperbetulkan. Aku cuba telefon 3 kali bahagian billing 2322003 pada hari Sabtu 10 Sep 2011, jam 3.30 petang langsung inda berjawap. Sudah balik barangkali atau sedang sebok berhariraya menjamu selera dalam opis. Agaknya berapa bulan masalah ani akan selesai ?

Update: Pada hari Isnin 12 sp 2011, jam 9.30 pg aku telefon lagi ke 2322003 minta sambung kebahagian bil. Ada bini2 menjawap dan menerima komplen. Ia cakap akan menghunbungi balik apabila dibuat adjusment pada bil. Sampai hari ani tiada sesiapa pun dari Telbru ada menelefon balik. So, inda tau apa ceritanya dan masalah ani. Cemana kan membayar ? Kalau terlambat bayar, kena interest 1%.

This entry was posted in Kurapak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.