Corned beef The Greatwall ada DNA babi

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa produk makanan tin Corned beef berjenama Greatwall Brand keluaran Negara China yang dikilangkan oleh North International Holding Tianjin Foodstuffs Import & Export Company yang berlabel halal yang diedarkan di Negara ini, telah dicemari dengan DNA babi.

Perkara ini adalah berdasarkan hasil dari penganalisaan Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan yang mendapati produk tersebut positif mengandungi DNA babi.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihatkan supaya:

  • Para pengimport dan peniaga untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran.
  • Para pengguna yang berugama Islam yang memiliki produk terbabit untuk menjauhi dan tidak memakan produk ini.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:

Bahagian Kawalan Makanan Halal Jabatan Hal Ehwal Syari’ah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam No. Telefon: 2238898 / 8845506

Sekian.

P/S: Sebenarnya ketidak halalan corned beef ini sudah sekian lama diketahui dinegara jiran. Pihak Kem Ug kitani saja yg ketinggalan. Ada sesiapa dapat memastikan corned beef yang digunakan untuk membuat roti john dipasar malam, Gadong?itu gerenti HALAL ?

This entry was posted in Berita / News, Consumer and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.