Category Archives: Kurapak

Rumah RPN Kg Panchor, Mengkubau RETAK SANA SINI

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.

Setelah dua kali permohonan minta tukar rumah kembar lain ditolak mentah-mentah oleh JKP (Jabatan Kemajuan Perumahan), mau inda tau terpaksalah rumah retak itu diterima. Penerima/Pembeli?dipaksa jua membeli rumah rosak. Dari segi hukum muamalat Islam pun jual beli ani dikira inda sah. Rumah rosak dibayar pada harga penuh. Aku bukan mau minta turunkan harga tapi aku mau ganti rumah lain yg lebih selamat. Ini rumah teruk, rumah merbahaya tapi pihak JKP tidak peduli, tidak kisah. Sebab gaji tetap masuk. Bukti tidak kisah yang lain, cubalah hubungi talian JKP 2382145, nanti mesin yang akan menjawap suruh tekan 0 (kosong)?untuk minta bantuan operator. Ditekan 0, sampai bila2 pun tiada manusia yang menjawap. Operator JKP patut ditukar dengan seberapa segera. Terlalu pemalas. Yang peliknya, bila ditelefon ke Tkt 5, pekerja perempuan tu memaklumkan dia ada mendengar telefon operator berbunyi. Kenapa tiada manusia menjawap ? Paling bodoh sekali, pintu dapur jika dibuka akan buka keluar, bukan kedalam seperti yang sepatutnya. Ini akan memudahkan pencuri mengopak dari luar. Sama ada arkitek yg bodoh atau contractor. Apakah pihak Jabatan atau Kementerian sebelum ni tiada membuat pengawasan ? Nampaknya seperti, Ya. Yang menjadi mangsa ialah pemohon seperti kami yang menunggu dari tahun 1999. Enam belas?tahun menunggu tiba-tiba dipaksa juga menerima rumah retak. Yang terkemudian memohon pula dapat rumah yang tidak retak. Apabila dipohonkan pertukaran rumah, JKP tetap KERAS KEPALA tidak mau menerima. Bukan paksaankah namanya itu ?

Pihak Kementerian berkenaan sepatutnya membukakan tawaran kepada pemilik2 rumah RPN yang TERTIPU & TERKENA rumah retak supaya dapat memohon membuat pertukaran dengan rumah lain. Wajib diadakan perjumpaan atau musyawarah didewan Muhibbah untuk mengatasi masalah ini. Jangan hanya tau duduk beraircond dalam bilik tanpa ada keinginan untuk mengatasi masalah ini.

Berikut adalah contoh keretakan rumah. Ya, keretakan ini mungkin dengan mudah boleh ditampal. Menampal hanya menyembunyikan masalah sebenar selagi punca keretakan masih wujud, misalnya tanah inda rata, rumah ditepi bukit, rumah TIADA PILING, keretakan akan berlaku lagi. Mungkin setahun, 3 tahun, 5 tahun yang mana ketika itu tiada warranty lagi. Pemohon lain yang rumah mereka diatas tanah yang rata bolehlah selesa hidup mereka sementara pemohon yang mengalami masalah RUMAH RETAK akan sentiasa merasa bimbang. Dimanakah keadilan ?

IMG_0838? IMG_0840 IMG_0843 IMG_0844 IMG_0845 IMG_0847 IMG_0849 IMG_0850 IMG_0851 IMG_0852 IMG_0853 IMG_0854 IMG_0855 IMG_0857 IMG_0858

Ini adalah contoh perniagaan atau jual beli yang paling teruk didunia. Orang ramai atau pembeli dipaksa untuk mengambil rumah retak dengan bayaran penuh jua. Tidak ada KHIAR (Pilihan) seperti yang ada dalam hukum Muamalat Syariah. Juga melanggar peraturan Sivil yang mana pelanggan berhak mendapat rumah yang sempurna bersesuaian dengan bayaran penuh. Kemungkinan besar Pihak Perumahan amat jahil dengan hukum hakam dan sepatutnya diadakan kursus bimbingan agama di Jabatan tersebut setiap suku tahun untuk mendidik durang takutkan Allah swt.

Menunggu Jabatan Kemajuan Perumahan Meeting lagi ?

sleep

Wake up JKP! Surat permohonan kali kedua minta tukar rumah RPN 1999, Kg Panchor, Mengkubau, Mentiri sudah pun dihantar ke Jabatan Kemajuan Perumahan, Tingkat 1, pada 13hb Julai 2015 namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan. ? Mengikut kata pegawai-pegawai disana, sebarang permohonan pertukaran akan di meetingkan terlebih dahulu. Jadi, bila lagi akan dimeetingkan???Apa lagi yang hendak ditunggu ? Apakah permohonan ini sengaja dilambat-lambatkan sebagai hukuman kerana memohon pertukaran?? Atau barangkali surat permohonan seorang rakyat ?Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu telah dicampakkan kedalam tong sampah ??Inda kan rumah retak dijual pada kami dengan paksa. Inda faham hukum Muamalat jual belikah ? Harga bakal dibayar penoh tapi rumah inda sempurna dan bakal menyusahkan penghuninya.

Sudahlah Pengarahnya terlalu payah untuk dibawa berjumpa dan berbincang, surat permohonan pun terlalu lambat untuk dibalas. Menyusahkan rakyat Brunei saja. Kalau inda takabir, serahkan pada orang lain yang boleh melakukan. Benarlah Hadis Rasul yang berbunyi:

Rasulullah shallallahu ?alaihi wasallam bersabda: ?Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.? Ada seorang sahabat bertanya; ?bagaimana maksud amanat disia-siakan? ? Nabi menjawab; ?Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.? (BUKHARI ? 6015)

BERAPA HARI TELAH BERLALU SEJAK PERMOHONAN 13.07.2015 ?

UPDATE: Surat balasan DUKACITA dari Jabatan Kemajuan Perumahan yang bertarikh 24 Oktober hanya baru diterima pada 20 November 2015. Seperti sengaja dilambat2kan atau memang pemalas. Very stupid. Ini satu penganiayaan kepada pembeli. Pemohon dipaksa menerima rumah yang rosak dan merbahaya walaupun pada harga penoh. Semoga yang menganiaya dilaknat Allah dan dtimpakan bala tidak senang hidupnya selagi mana kami tinggal dirumah retak ini.

Dimanakah Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan ?

Tolong siapa tau dimana Pengarah Perumahan berada. Kami balik2 sudah kesana kena, sekejap kena bagitau melawat, sekejap memangku JKR. Dimana ia betapuk ? Minta tolong kepada pihak atasan supaya dapat menetapkan Pengarah Perumahan, bukan yang jenis NOW YOU SEE, NOW YOU DON’T. Payah kan berurusan. Dimanakah yang disebut sebagai TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI ??

RPN 1999 – Jawapan dukacita TIDAK DIPERTIMBANGKAN bertukar rumah kembar.

Pada 24hb March lalu aku telah menghantar surat permohonan minta tukar rumah kembar RPN, Kampong Panchor yang diterima sewaktu majlis mengundi bagi pemohon 1999. Setelah 41 hari menunggu, barulah balasan surat diterima pada 05.05.2015. Sekalipun isi surat balasan dari B/P Pengarah Kemajuan Perumahan bertarikh 25 April 2015 namun cop pejabat pos diluar sampul bertarikh 04.05.2015. Siapakah yang lalai dan leka disini ?

Jawapan yang kami terima adalah dukacita, permohonan bertukar rumah tidak? DIPERTIMBANGKAN atau TIADA TIMBANG RASA. Ini jawapan yang kejam, tidak prihatin, tidak tau hukum Muamalat dalam bab jual beli dan tidak berperi kemanusiaan. Sebab apa ? Sebab kami bukan saja2 memohon minta tukar. Ada beberapa sebab sudah dinyatakan dalam surat permohonan beserta bukti bergambar. Rumah tinggi dari jalanraya, AKAN MENYUSAHKAN ahli keluarga yang berkerusi roda. Dinding atas yang pecah. Dinding dapur pun sudah retak walaupun rumah belum didiami. Kami seolah-olah dipaksa membeli rumah rosak ini namun masih dikenakan harga penoh $55,000. Inda sah hukumnya tu disisi syarak. Dimanakah peri kemanusiaan ?

Apa masalahnya pertukaran rumah tidak kena terima ? Permohonan RPN 1999 bagi orang awam seramai 400 orang sementara bagi pegawai kerajaan 280 orang. Baru 680 orang. Rumah RPN Kg Panchor Mentiri ada 4000 buah. Jadi, apa masalahnya jika bertukar rumah kembar yang bakal menyusahkan kami dengan rumah kembar yang lebih baik ? Kami membayar penuh nanti $55,000 jadi sudah tentu sepatutnya saya menerima rumah yang baik dan tidak bakal menyusahkan. Rumah-rumah dikawasan tinggi semuanya masih kosong. Apa masalahnya jika kami diberikan disana ? TAKUT BAKAL PEMOHON YANG AKAN DAPAT RUMAH ROSAK YG KAMI DAPAT ATU KOMPLEN JUA NANTI ?

Di Brunei ani hanya Kebawah Duli saja yang prihatin dengan masalah rakyat. Menteri atau Pengarah bersikap inda kisah dan malasku ingau. TERLAMPAU PAYAH KAN DIJUMPAI. Balik-balik datang ke Tingkat 5, kena bagitau Pengarah inda ada. Perlukah aku mengadu kepada Kebawah Duli lagi hal ani ?

Menunggu Jabatan Kemajuan Perumahan Meeting ?

IMG_0657 20150320_171524

 

Aku pemohon perumahan RPN 1999 yang sepatutnya menerima rumah tahun ini. Ikuti kisah pasal perumahan ani. Pada hampir pertengahan (10-15) bulan March 2015 telah tersebar berita memberitahu ada taklimat bagi pemohon RPN 1999. Para peserta telah dihubungi melalui telefon diminta mengambil surat. Malangnya, aku langsung tiada menerima panggilan telefon dari Jabatan Perumahan. Kengalihan menelefon kali durang atu atau sebok bejual kain. So, aku cuba telefon ke Jabatan Perumahan 2382145. Biskita bernasib baik kalau telefon Jabatan Perumahan dijawab manusia. Aku cuba menelefon dari jam 9 pg – 10 pg,? hanya mesin saja yang menjawap meminta tekan 0 untuk bantuan. Jadi, atas nasihat kawan2 dan keluarga, aku datang terus saja kesana mengambil surat taklimat dan borang yang perlu diisikan dan dihantar kemudian.

17.03.2015 – Taklimat bagi peserta dan penjamin. Dalam surat peserta di minta hadir 7.45 pagi tapi AJK sendiri ada yang baru sampai kedewan 8.30 pagi. Acara bermula menjelang pukul 9.00 pagi. Ketika ini ada disebutkan oleh pengacara atau host bahawa setiap rumah ada dipasang 3 phase karan. Juga disebutkan 3 phase itu adalah standard sekarang. Banar pulang. Rumah kampung dulu2 ganya kali pakai 1 phase (fius). AJK yang jadi pengacara diharap jangan mengulahkan orang ramai macam kanak2. Jangan kambang2an menyebut orang sebagai “lai”. Bukannya adi2mu tu. Orang berebut mengambil borang Air pasal biasanya kena sediakan inda pandai cukup. Buktinya, lepas taklimat indaku ampit borang Air atu. Orangnya pun indada lagi. Munku tau, ikut berabut ku jua.

18.03.2015 – Acara mengundi rumah. Macam kemarin jua peserta diminta datang jam 7.45 pagi tapi AJK ada yang baru masuk 8.45 pagi. Aku TERKENA Rumah Kembar di Kampong Panchor, Mengkubau, Menitiri. Kenapa dapat rumah Kembar ??? Dulu aku kena maklumkan, mana2 pekerja kerajaan yang scale gaji $1500 keatas akan dapat rumah sebuah. Sebelum mengundi, tiba-tiba kena maklumkan yang phase karan hanya dipasang satu saja. Aik! sudah terbalik dengan kenyataan kemarinnya. Siapa mau 3 phase, kena memohon lagi. Kemarin jua cakap 3 phase atu standard. Kenapa lagi dipohonkan, pasang terus tia 3 fius phase atu. Ketara bahagian Perumahan atau Menteri sendiri inda membuat pemeriksaan pada setiap rumah. Kes sambil lewa. Aku mengambil undi dan terpilih rumah dikawasan Jalan Bukit Sinadur.

Beberapa hari kemudian, apabila dibuat pemeriksaan, rumah dikawasan bukit tersebut SANGAT TIDAK SESUAI DIDIAMI. Rumah berhampiran bukit. Dibelakang rumah pada dinding ada kesan air tanah naik 2 kaki. Bayangkan setiap kali banjir, air turun dari bukit menuju kerumah. Air masuk dari bawah pintu dapur belakang. Sanggupkah biskita mengalami macam ani setiap kali hujan lebat ? Kalau sanggup, silakan tinggal disana. Didapati sebaris rumah disana ada kesan air tanah setinggi 2 kaki. Inda mungkin percikan air hujan dari atap sebab apabila ku round di zon lain, tidak ada pun kesan air tanah didinding belakang rumah. Tiada longkang besar dibelakang rumah supaya air dari bukit tidak terkena rumah. Simen jendela juga sudah ada kesan retak. Belum didiami pun sudah retak ? Dinding sempadan antara dua buah rumah, disebelh hujung, diatas sekali ada kesan pecah. Siapa sanggup tinggal dirumah atu ? Pihak Perumahan sendiri pun inda akan sanggup. MAHU TAK MAHU, TERPAKSA MINTA TUKAR RUMAH LAIN. Dalam Muamalat Islam ani disebut sebagai KHIAR (Pilihan). Pembeli akan membayar penoh sudah tentu pembeli berhak mendapat rumah yang baik juga. Baru jual beli sah dan HALAL. Bukannya sekajap ganya kan ditinggali rumah atu. Yang mengambil disana atu jua, kemungkinan basar akan membuat komplen pasal air banjir dari bukit selagi tiada longkang besar dibuat dibelakang rumah. Pihak berkenaan sepatutnya memikirkan orang-orang tua dan kurang upaya yang bakal tinggal disana. Kenapa langsung tiada bilik tidur ditingkat bawah ? Bilik mandi RUMAH KEMBAR pun masih kecil agak sempit jika berlaku memandikan jenazah. Fikir2kanlah wahai Pak Menteri dan buat perubahan minda.

24.03.2015 – Menghantar surat permohonan tukar rumah dengan menyatakan sebab-sebabnya selain dari sebab diatas tadi. Surat dihantar terus ke tingkat 1, bukannya melalui pos. Saya diberitahu, jawapan akan diposkan. Betulkah ? Borang hadir taklimat dulu pun tiada siapa yang menelefon atau pos. Baik jua dulu ada dangan membagitau. Waktu menunggu jawapan permohonan pun bermula. Masa terus berjalan. Banyak masa sudah terbuang.

31.03.2015 – Bertanyakan status permohonan pertukaran rumah. Saya ada mendengar berita dari pemohon RPN lain memberitau pada 01.04.2015 pemohon diminta mengambil kunci. Sebelumnya mereka telah ditelefon. Jadi pada jam 2:59 saya cuba menelefon ke Jabatan Perumahan talian 2382145. Selama 3 min 31 saat hanya mesin saja yang menjawap panggilan saya meminta menekan numbor 0 untuk bantuan. Kemanakah mereka pergi ?

Kemudian cuba ditelefon lagi pada jam 3:14 PM, selama 5 min 59 saat, hanya mesin saja yang menjawap. Dicuba lagi pada 3:25 PM, selama 4 min 34 saat, hanya mesin juga yang menjawap. Dimanakan Tekad Pemedulian Orang Ramai jika hanya mesin yang menjawap telefon ?

Pada hari lain, sewaktu datang ke Tingkat 1 bahagian Peruntukan, pekerja wanitanya sebok main handphone sambil duduk. Ini depan mata. Barangkali ini punca telefon tidak pernah berjawap. Namun akhirnya, diangkat oleh operator manusia jua yang menyambungkan kebahagian Peruntukan. Namun tiada siapa berminat untuk menjawap telefon. Akhirnya operatir mencadangkan saya datang sendiri. Ini membuang masa dan tenaga orang ramai hanya disebabkan pekerjanya main handphone pada waktu kerja. Handphone sepatutnya di BAN pada waktu kerja untuk meningkatkan mutu kerja mereka.

01.04.2015 – Terpaksa datang ke Jabatan Perumahan. Terpaksalah saya datang jua pada jam 9 pagi membuang masa hanya semata2 mau bertanyakan satu soalan mudah. Sebaik saja masuk kebangunan saya lihat pada Kaunter Pertanyaan ada ramai pekerja perempuan dalam 6-7 orang sedang berhimpun memilih2 kain jualan. Naik ke tingkat satu bertanyakan status pertukaran rumah. Saya dimaklumkan, surat permohonan sudah diterima pegawai dan akan dimeetingkan pengarah. Pada masa yg sama saya lihat ada pekerja sebok main handphone.

MARI TENGOK, berapa lamakah masa?akan ambil oleh? Jabatan Perumahan untuk memedulikan masalah pertukaran rumah ini bermula dari 24.03.2015. Apa payahnya, cuma perlu pilih atau undi lain saja. Masih ada beribu2 rumah lagi yang kosong. Atu pun mengambil masa berminggu2kah untuk dimeetingkan? Masa ni cuti, senang menguruskan. Jangan karang sudah habis cuti, baru tah ada surat. Lepas atu kan dipaksa orang mengosongkan rumah sewa kerajaan dalam masa segera. Peraturan karang dijadikan alasan. Masa terus berlalu. Tik tok tik tok. The clock is ticking.

Start dari 24.03.2015:

Status: Menunggu permohonan pada 24.03.2015 kena meetingkan. Dibawah, masa yang telah berlalu.

UPDATE: Menerima surat jawapan dukacita pada 05.05.2015, setelah 41 hari menunggu balasan surat. Walaupun surat tersebut bertarikh 25 April 2015, namun cop pejabat pos diluar sampul bertarikh 04.05.2015. Siapakah yang lalai dan lambat disini ?

Fibre Optic FTTH pakai FAIR USAGE POLICY ???

Satu cara lagi untuk cekik darah rakyat atau pengguna yang tidak dapat membuat pilihan lain.? Selain daripada bil Elektrik dan lesen Parabola, TELBRU juga tidak melepaskan peluang untuk meraih keuntungan dengan taktik cekik darah terbaru melalui FAIR USAGE POLICY (FUP) yang biasanya hanya dibuat oleh kompeni mobile (bukan fibre optic) diluar negeri. Kononnya, melalui FUP? ini nanti pelanggan akan menggunakan internet dengan lebih stabil dan laju kerana setiap pengguna akan diberikan limit bandwidth. Bayangkan saja macam wireless Broadband dari kompeni mobile atu (DST & PCSB). Jika limit ini sudah sampai, misalnya penggunaan 45GB data ($39), kelajuan internet kitani yang sepatutnya, yang kitani bayar penuh, AKAN DIPERLAHANKAN. Ini yang disebut dalam akhbar.

Namun jika biskita rajin membaca dalam internet, sebenarnya taktik seperti ini digunakan untuk meraih lebih keuntungan. Kalau pengguna dapat servis yang baik, inda mengapalah. Ani apa ? Cemana boleh durang untung ? Simple, apabila had limit bandwidth sudah sampai 45GB ($39) misalnya, kelajuan internet kitani kena perlahankan. Kalau mau laju balik, KITANI KENA BAYAR LAGI dengan memilih Top-up 10GB ($8), 20GB ($15) atau 40GB ($25). Nampak tak ? Company semakin untung. Mau untung lebih dengan kualiti yang……pengguna saja yg tahu. Bukan itu saja, talian HOTLINE 113 yang biasanya FREE dimana2 seluruh dunia juga akan dikenakan bayaran $0.30 sekali panggil. Yang ani aku inda kisah. Aku bukan pakai pun. Kalau boleh naikkan tia jadi $1 untuk mengelakkan orang kitani jadi pemalas merujuk buku panduan telefon. Operator perlukan upah tambahan walaupun sudah ada gaji. Mungkin suatu hari, datang ke HQ pun kena bayar jua. Kalau boleh, bil yang pakai cetakan kertas pun dikenakan charge sama seperti salah sebuah bank Islam kitani. Bill statement biar pakai email atau online saja. Apa lagi kan dicharge ah ?

TELEKOM Brunei Berhad (TelBru) has announced that it will join a number of countries around the world in adopting a Fair Usage Policy for its broadband service.

The policy, aligned with the industry practice of telecommunication providers in other parts of the world, is aimed at ensuring that all customers get a better quality of service and a more consistent Internet experience by reducing the excessive amount of bandwidth consumed by a minority of heavy users.

Once implemented, it will offer customers faster bandwidths. For customers to enjoy better Internet experience, TelBru encourages them to change their plan based on their observed monthly data usage.

The amount of data customers needs depends on what they do online. While some tasks like browsing web pages require less data, streaming high quality videos, music and movies contribute to the excessive use of bandwidth capacity and would require more data.

To create awareness among customers before the policy is officially launched, TelBru has introduced a new data checking feature to help customers monitor their data usage.

They can check it via eBill Online, and eBill mobile App which is currently available only for Android users. By signing up or logging onto their accounts on eBill, customers can view their real-time data usage for the month.

They can also check their total monthly usage on their monthly paper bill statement.

TelBru has said it would ensure all customers will get the chance to understand their monthly data usage patterns before implementing the policy, which will be announced at a later date.

 

Muslihat bank Islam.

Muslihat bank yang menggunakan nama Islam. Aku pernah membuat pinjaman dengan Bank di Brunei yang menggunakan nama Islam? dulu. Mula-mula nama bank tersebut tiada langsung pakai nama Islam. Pinjaman $30,000 tapi setelah dibayar balik selama 10 tahun, menjadi $47 ribu lebih. Apakah lagi namanya lebih $17,000 itu kalau bukan riba ? Bahkan ketika hendak menyain borang, pekerja itu sendiri menyebut interest. Mereka memberi alasan KONONNYA pinjaman ini atas nama Bai’u Bithaman Aajil. Kononnya, pihak bank menjual emas yang berharga $47 ribu lebih dan dibayar selama 10 tahun. Sebagai ganti emas tadi, duit yang diberikan. Cara ini pun sebenarnya masih salah sebab dalam syarat jual beli, barang yang dijual mesti wujud dan dapat diserahkan. Masa urusan loan bank yang kononnya Islam itu, mana ada emas depan mata. Semua hanya imaginasi pihak bank Islam kan menghalalkan perbuatan durang. Kalau sudah berani makan riba haram secara terang-terangan apa tah lagi kalau mencuri wang pelanggan.

Dulu, banyak kes terjadi duit customer dipotong sesuka hati. Orang yang sudah habis loan, tiada potongan selama beberapa bulan tiba-tiba dipaksa membayar lagi selama 6 bulan atas alasan kononnya loan belum habis, kononnya bank pulang yang membayarkan loan tersebut, kononnya sistem yang salah. Betulkah sistem yang salah atau pekerja bank yang salah atau pekerja bank sudah lesapkan duit lepas atu duit customer digunakan untuk membayar balik. Kes ini pernah terjadi dulu pada kami. Loan sudah habis, bahkan apabila ditanya cawangan lain di Kiulap, kena maklumkan yang pihak bank pulang yang berhutang. Kira kami terlebih bayaran. Apabila cuba dituntut semula baki yang terlebih di Tutong, perkara sebaliknya pula terjadi. Pekerja disana menuduh kononya loan masih belum habis, tinggal 6 bulan lagi. Kenapa setelah 4 bulan loan tamat tiada potongan lagi, barulah pekerja tadi memaklumkan kononnya masih ada baki loan lagi ? Macam biasa, pekerja bank tersebut akan menyalahkan sistem. Mungkin mereka sudah dilatih macam atu. Macamlah sistem itu hidup sendiri. Padahal durang jua yang menakan2 keyboard. Silap sendiri, customer pulang dijadikan mangsa. Ni bank laknat yang bertopengkan Islam.

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=95vui9vsZ2E[/youtube]

TAK MASUK AKAL – Bibd charge $2.00 automatik setiap 3 bulan sekali.

Charge nda masuk akal

Ya, ini adalah kenyataan. Mulai bulan November 2014, akaun BIBD biskita akan dipotong $2.00 setiap 3 bulan sekali. Aku sudah cek dalam akaun BIBD, pemotongan $2.00 dibuat pada 27hb November 2014. Bagi aku charge ini tidak masuk akal yang waras lebih-lebih lagi BIBD dikatakan untung berpuluh juta setahun.? Lebih menyakitkan hati lagi, aku bukan ambil gaji disana. Aku hanya menyimpan. Dalam tahun hanya sekali dua saja aku update buku bank BIBD. Tahun 2014, belum pernah update lagi. Kalau ku update pun, bukannya dari awal tahun durang print dalam buku. BIasanya aku cek online saja. Inda lojik akal kalau orang macam aku pun dikenakan charge $2 setiap 3 bulan atau $8.00 setahun. KECUALI KALAU BUKU BANK BIBD WAJIB DIGANTI BARU walaupun masih kosong, mungkin aku dapat terima.Bagaimana jika baki akaun pelanggan ngam2 $50.xx nda dapat dikeluarkan lagi ? Adakah mereka akan dikira berhutang dan dikenakan interest ?

Sudah? tah dividen yang pihak bank bagi terlalu sikit, nda sampai 0.01% setahun, duit customer lagi dicuri $2.00. Aku sebut curi sebab pemotongan $2.00 itu tanpa persetujuan dari customer, cuma dengan notis dalam website durang www.bibd.com.bn dan tanpa tanda tangan persetujuan customer. Kenapa pemotongan $2.00 ini dibuat ? Apakah bank sudah kurang untung atau bakal bankrupt semenjak peraturan loan baru dibuat oleh AMDB ? Bagi akulah, baikku keluarkan semua duit simpananku masukkan dalam bank lain, sebelum duit kitani lesap kesemuanya.

GUNAKAN KUASA PENGGUNA. Tinggalkan bank yang memudharatkan kitani sebagai pelanggan. Banyak bank lagi boleh kitani menyimpan duit.

TAMBAH PENDAPATAN melalui Facebook, Instagram & Twitter. Juga boleh dibuat melalui whatsapp, Telegram, Chaton, Email atau mana2 program sosial network.

TAMBAH PENDAPATAN melalui Facebook, Instagram & Twitter. Juga boleh dibuat melalui whatsapp, Telegram, Chaton, Email atau? mana2 program sosial network. Caranya teramat mudah dan FREE, harga disukai ramai. Cuma dihalan g oleh sikap malas dan hobi berangan2 mau senang tanpa usaha. Ikuti langkah2 dibawah ani:

1) Join Adfly. Anilah program yang akan memberi kitani bayaran. Join adalah PERCUMA. Klik sini untuk join http://adf.ly/?id=7762208

2) Join Payza. Disini nanti bayaran akan dihantar oleh Adfly. Join Payza jua adalah PERCUMA, harga disukai ramai. Kalau duit kitani sudah banyak, kitani boleh minta withdraw melalui BANK WIRE. Masukkan saja maklumat pasal bank kitani di Brunei misalnya Bibd, Baiduri, Taib, Hsbc. Nanti durang akan hantar melalui transfer bank terus masuk dalam akaun kitani. Klik sini untuk join Payza http://adf.ly/slwGD

3) Balik semula arah Adfly tadi. Adfly ani sejenis aplikasi internet yang menukarkan link yang panjang atau payah kan diingati menjadi pendek. Contohnya, link http://www.banggood.com/?p=RW1812453896201402M2 bertukar menjadi http://adf.ly/slxHa. So, setiap kali orang klik link pendek Adfly tadi, kitani akan dapat komisyen.

4) Start promosi LINK dalam Youtube, Facebook, email, whatsapp, telegram atau entah apakah lagi aplikasi yang ada connection internet. Caranya sungguh simple. Kalau ani pun orang nda sanggup membuat, ia ada penyakit malas tahap maksima.

Cemana kan promosi pakai link Adfly ?

Misal kata dalam Youtube ada video best pasal cara memasak Nasi Briyani dan kawan kitani memang kan mengunjar caranya, bagi link Adfly arahnya, jangan bagi link Youtube yang sebenar.

Contoh :

Link Youtube yang sebenar (jangan bagi kawan)

Bagikan link Adfly (bagikan yang ani)
http://adf.ly/slxhe

atau… ‘Eh kamu! siapa kan meliat video trail LUCY klik sini http://adf.ly/slyAK

So, bila ia klik link http://adf.ly/slxhe atu dalam Facebook, Instagram atau mobile, kitani dapat komisyen. Komisyen memang sikit, kalau sikit ganya link kitani bagi orang. Jadinya, cari video2 best dalam Youtube atau resepi masakan dalam internet, tukar linknya dalam Adfly, pastu bagi arah orang. Dapat $$$.

CONTOH LINK :

How to Train Your Dragon 2 2014: http://adf.ly/slyNl
Hantu Nan Sempit: http://adf.ly/slyZd
Hantu Boceng: http://adf.ly/slyWO
Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam: http://adf.ly/slyco
Ceramah Ustaz Kazzim Elyas di Brunei Part 1: http://adf.ly/slyff
Ceramah Ustaz Kazzim Elyas di Brunei Part 2: http://adf.ly/slyjL
Resepi roti canai: http://adf.ly/slyzt

WOW! Fibre Broadband 200 Mbps pada bayaran $45.75 sebulan ?

BroadBand_Plans_SingTel_-_2014-09-03_20.31.36

DIMANA ? BILA AKAN BERMULA ? MACAMANA SIGN-UP DENGAN TELBRU ?

Telbru ? Mungkin 20-30 tahun akan datang baru dapat mencapai seperti plan diatas. Sedangkan plan Fibre To The Home dengan kelajuan yang mengaibkan dan harga yang membunuh seperti 5Mbps ($105)? – 30 Mbps ($465) pun masih terkial-kial untuk disebarkan keseluruh kawasan Brunei & Muara apa tah lagi seluruh Brunei walaupun peruntukan lebih $200 juta sudah disediakan. Pernah ku bertanya kepada kaunter di Tanjung Bunut, bila agaknya FTTH ini diadakan dikawasan MUKIM LUMAPAS khususnya KAMPONG LUPAK LUAS. Katanya, Insya Allah tahun ani. Berapa lama masa lagi diperlukan ? Kenapa inda mau menimba pengalaman daripada negara jiran yang dapat meningkatkan teknologi internet mereka dalam masa beberapa bulan sahaja ? Menunggu dapat jumpa supplier yang jual barang lebih murah atau menunggu rombakan jawatan dibuat terlebih dahulu ? Kerana lazimnya bagi syarikat korporat yang mahu maju, mana-mana director, CEO, pekerja yang tidak mendatangkan kemajuan akan ditukar dengan seberapa segera. Sebab itu syarikat korporat besar seperti Microsoft, Apple dan syarikat-syarikat dibarat sentiasa maju. Kajian perlu dibuat untuk menyelidik kenapa perkembangan teknologi internet dinegara kita yang tercinta ini TERLALU LAMBAT bergerak dibandingkan negara jiran. Mungkin ada yang sudah merasa amat selesa menerima gaji ribu-ribu setiap bulan walaupun internet masih ditahap perlahan. ” Ah! aku peduli apa. Hujung bulan gaji tetap masuk”, mungkin seperti itu kata-katanya.

Anyway, plan diatas dicopy dari SingTel, Singapore. Jadi, inda ada harapanlah kitani akan sempat menikmati kelajuan internet mengikut peredaran zaman. Kitani sentiasa ketinggalan dalam teknologi internet. Yang cepat hanyalah tuntutan bayaran bil. Jika pengguna terlebih pakai walau sehari sekalipun, akan dituntut juga. Tetapi yang peliknya, jika network Telbru lost connection hingga pelanggan pun tiada sambungan internet, tidak ada pula pampasan atau diskaun dalam bil. Ini contoh tidak tahu hukum halal haram.

Plan dari STARHUB lagi cantik. Internet pada kelajuan 500Mbps hanya $69.90 sementara 1Gbps $395.90 sebulan. Kalau disini, plan 1Gbps mungkin pada 30-50 tahun akan datang. Kalau inda tekabir, berilah peluang pada syarikat luar yang lebih bepengalaman membuat pelaburan internet di Brunei.

Go! Broadband Unlimited 4G LTE pada kualiti EDGE

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=5QWB6wpzbQU[/youtube]

Belum habis masalah kecurian kredit EASI, kini pengguna Go! Broadband Unlimited 3G pula yang jadi mangsa penipuan. Dulu pakai simcard 3G boleh dapat kelajuan internet sampai 6Mbps. Baru-baru ini pada bulan Julai 2014, DST hantar surat memaklumkan tawaran upgrade simcard 3G ke 4G percuma. Fikir tah laju speednya. Namanya 4G LTE, mestilah laju. Sehari saja laju boleh dapat sampai 31Mbps, lepas atu esoknya speed kena kontrol oleh DST jadi 2.8Mbps saja. Pemeriksaan kelajuan dibuat di www.speedtest.net dengan memilih server DST di Tungku. Jika user pilih server Singapore atau luar negeri, speed akan jatuh lebih teruk lagi. KUALITI HANCUR.

Ingat! kebanyakkan website yang kita surf disimpan dalam server diluar negeri, bukan dalam server dst. Yang ada website, faham ni. Jadi, speed yang perlu dicheck sudah tentulah kita pilih server luar negeri. Speed internet kena kontrol ini hanya berlaku bagi pengguna Go! Broadband Unlimited. Bilaku check speed kelajuan moble line EASI 4G, speed internet masih laju macam biasa melimpasi 25Mbps. Tapi siapa sanggup surfing 4G LTE pakai kredit EASI, Sudah tah kredit pengguna kena curi pandai hilang kan kena hentam lagi melalui Go!Broadband. Kononnya kredit EASI hilang sebab subscribe Wondering yg bayarannya $3.00. Kalau dah penipu tu, mesti inda pandai belurus. Pengguna bukannya hilang kredit $3 sebulan tapi ada yang $5 sehari. Ada refund ? Langsung tiada. POTONG PUN POTONGLAH. HARAM PUN HARAMLAH.

Bila ditanya kepada operator perempuan 151, dia sendiri tidak dapat memberikan jawapan kenapa speed 3G broadband sebelum ini lebih cepat dai 4G LTE. Operator perempuan semacam tidak faham pasal teknologi ini. Baru bercakap seminit, operator akan minta tunggu sebentar sampai 4-5 minit. Operator cuba memberi alasan kononnya ada surat makluman berkenaan dengan Fair Usage Policy. Ya, surat atu dapat difahami tapi tiada penjelasan bilakah Fair Usage Policy atau speed internet kena kontrol. Adakah selepas 10GB penggunaan atau 15GB, 30GB, 100GB ? Tiada penjelasan dari 151 mahu pun dari website dst setakat 11 Julai 2014.

Nasib kau baik DST. Kalau dibarat sudah lama kena saman sebab menipu dalam bisnes. Pelanggan bayar untuk dapatkan speed 7.2Mbps (3G) tapi inda pernah pelanggan dapat. Apa tah lagi 4G LTE yang kononnya laju. Hentikanlah iklan penipu dalam Radio Kristal FM itu kerana ia sangat menipu didengar. Umpama membeli lauk 1 KG pada harga $10. Kita bayar $10 tapi kena bagi 0.3 KG saja. Persoalannya sekarang, kenapa pelanggan dimestikan membayar penuh sedangkan speed internet pelanggan tidak dapat sepenuhnya ? Halalkah itu ? Sudah tentu HARAM. Bila sudah terbiasa makan barang haram, hati jadi gelap tidak takut melakukan perkara haram seterusnya.

ADALAH TERSANGAT-SANGAT DIHARAPKAN DAN SANGAT-SANGAT DISERU KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN SUPAYA DAPAT MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI LAIN UNTUK MEMBERIKAN SERVIS MEREKA DI BRUNEI. MEMBIARKAN SEBUAH COMPANY SAJA MEMONOPOLI PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI ADALAH SANGAT-SANGAT MEMBEBANKAN RAKYAT JELATA. ADA PUN SEBUAH LAGI COMPANY TAPI UMPAMA HIDUP SEGAN MATI TAK MAU. KUALITI INTERNETNYA MASIH DITAHAP BURUK SEKALIPUN SUDAH DIAMBIL ALIH. PENGGUNA MEMERLUKAN SYARIKAT 4G YANG LAIN LAGI.