Cek kereta di Baikal pakai tempahan saja.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov ? Bermula 14 Disember ini, pemeriksaan kenderaan yang berusia tujuh tahun ke atas yang dipandu terus (walk in) ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Beribi, Gadong, akan diberhentikan perkhidmatannya dan semua pemeriksaan kenderaan berkenaan hanyalah melalui tempahan sahaja.

Pengarah JPD, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi telah memaklumkan perkara ini semasa sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat JPD, hari ini.

Tambahnya, JPD bermula 16 November ini juga akan mengehadkan jumlah kenderaan persendirian yang dipandu terus ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, kepada 70 buah kenderaan sehari pada hari-hari bekerja iaitu 40 buah untuk sesi pagi dan 30 buah untuk sesi petang.

?Orang ramai juga diingatkan pada 27 November ini, pemeriksaan secara pandu terus tidak akan diterima oleh JPD lagi, pemeriksaan kenderaan hanya dibukakan untuk tempahan saja,? jelasnya.

Beliau turut menjelaskan statistik sejak sistem tempahan ini diperkenalkan iaitu pada 4 Jun 2015 menunjukkan sebanyak 3,700 buah kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Beribi, yang mana pemeriksaan melalui tempahan menunjukkan peningkatan daripada 1,100 buah pada Jun hingga Ogos kepada 1,500 buah pada September hingga Oktober tahun ini.
Dr. Haji Supry menyeru orang ramai menggunakan sistem tempahan bagi pemeriksaan kenderaan yang lebih tujuh tahun ke atas.
Dr. Haji Supry menyeru orang ramai menggunakan sistem tempahan bagi pemeriksaan kenderaan yang lebih tujuh tahun ke atas.

?Daripada jumlah tersebut, sebanyak 35 peratus pemeriksaan dibuat melalui sistem tempahan manakala 65 peratus lagi pemeriksaan masih dibuat secara pandu terus,? ujarnya.

Dr. Haji Supry berharap orang ramai dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan untuk lebih memudahkan lagi, JPD telah menyediakan dua talian untuk tempahan pemeriksaan iaitu 2448008 atau 2442009.

Selain itu, orang ramai juga boleh berurusan terus di Kaunter 2, Pondok Lorong Pemeriksaan 6 dan 7 pusat berkenaan dan waktu tempahan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pada sebelah petang bermula jam 1:45 hingga 4:15 petang.

Dengan adanya langkah yang dilaksanakan oleh JPD ini, ia dapat memastikan operasi pemeriksaan kenderaan di pusat ini dapat dikendalikan secara bersistematik dan teratur di samping memberi keselesaan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai turut diseru untuk membuat pemeriksaan kenderaan mereka sebulan lebih awal sebelum tarikh mansuh perjalanan kenderaan mereka dan tempoh ini hanya sah bagi pemeriksaan kenderaan yang dibuat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan, JPD di Beribi sahaja.

Manakala bagi pemeriksaan kenderaan yang dibuat di Daerah Tutong dan Temburong, tempoh diberikan selama tiga bulan dari tarikh mansuh perjalanan kenderaan, ini adalah disebabkan di kedua-dua daerah itu, pemeriksaan dilaksanakan secara komputer berbanding di Daerah Brunei-Muara dan Daerah Belait, pemeriksaan di laksanakan secara manual.

Orang ramai yang membuat tempahan pemeriksaan kenderaan juga diingatkan untuk datang 15 minit awal bagi melancarkan proses pemeriksaan.

Sumber: http://mediapermata.com.bn/index.php/2015/11/tempahan-pemeriksaan-kenderaan-14-disember-ini/

P/S: Yang banarnya bila start inda kena terima cek pandu terus, 27 Nov atau 14 Disember ?

Waktu khidmat Bahagian Pasport dilanjutkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis ? Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengumumkan tambahan waktu perkhidmatan bagi Bahagian Pasport atau Dokumen Perjalanan di pejabat cawangannya di Daerah Tutong dan Temburong pada setiap hari Jumaat bermula 5 Disember hingga 2 Januari 2015.

Penambahan waktu perkhidmatan itu akan bermula pukul 8.15 hingga 11.30 pagi. Waktu perkhidmatan Bahagian Pasport di ibu pejabatnya di Jalan Menteri Besar di ibu negara dan di pejabat cawangan Daerah Belait telah pun ditambah pada setiap Jumaat bermula 12 September lalu hingga 2 Januari depan.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini turut menasihatkan orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutama semasa musim percutian sekolah yang menggunakan pos kawalan Imigresen melalui jalan darat supaya dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah. Ini adalah bagi menggelakkan perjalanan mereka terperangkap di deretan kenderaan yang panjang.

Sementara itu pihak jabatan turut memaklumkan waktu operasi bagi pos kawalan melalui jalan darat seperti Kuala Lurah, pos kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Pos kawalan Imigresen Labu dan Kompleks Pemeriksaan Imigresen Ujung Jalan akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat ke luar negara supaya dapat merancang dengan bijak dan lebih awal membuat permohonan pasport bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan di bahagian dokumen perjalanan.

Sumber: http://mediapermata.brunei-online.com/index.php/2014/12/waktu-khidmat-bahagian-pasport-dilanjutkan/

TAK MASUK AKAL – Bibd charge $2.00 automatik setiap 3 bulan sekali.

Charge nda masuk akal

Ya, ini adalah kenyataan. Mulai bulan November 2014, akaun BIBD biskita akan dipotong $2.00 setiap 3 bulan sekali. Aku sudah cek dalam akaun BIBD, pemotongan $2.00 dibuat pada 27hb November 2014. Bagi aku charge ini tidak masuk akal yang waras lebih-lebih lagi BIBD dikatakan untung berpuluh juta setahun.? Lebih menyakitkan hati lagi, aku bukan ambil gaji disana. Aku hanya menyimpan. Dalam tahun hanya sekali dua saja aku update buku bank BIBD. Tahun 2014, belum pernah update lagi. Kalau ku update pun, bukannya dari awal tahun durang print dalam buku. BIasanya aku cek online saja. Inda lojik akal kalau orang macam aku pun dikenakan charge $2 setiap 3 bulan atau $8.00 setahun. KECUALI KALAU BUKU BANK BIBD WAJIB DIGANTI BARU walaupun masih kosong, mungkin aku dapat terima.Bagaimana jika baki akaun pelanggan ngam2 $50.xx nda dapat dikeluarkan lagi ? Adakah mereka akan dikira berhutang dan dikenakan interest ?

Sudah? tah dividen yang pihak bank bagi terlalu sikit, nda sampai 0.01% setahun, duit customer lagi dicuri $2.00. Aku sebut curi sebab pemotongan $2.00 itu tanpa persetujuan dari customer, cuma dengan notis dalam website durang www.bibd.com.bn dan tanpa tanda tangan persetujuan customer. Kenapa pemotongan $2.00 ini dibuat ? Apakah bank sudah kurang untung atau bakal bankrupt semenjak peraturan loan baru dibuat oleh AMDB ? Bagi akulah, baikku keluarkan semua duit simpananku masukkan dalam bank lain, sebelum duit kitani lesap kesemuanya.

GUNAKAN KUASA PENGGUNA. Tinggalkan bank yang memudharatkan kitani sebagai pelanggan. Banyak bank lagi boleh kitani menyimpan duit.

Contohi dan ikutilah Brunei

RIDHUAN TEE ABDULLAH
3 November 2014

MINGGU lalu saya berada di Brunei, mengisi Majlis Ilmu 2014, undangan Jabatan Perdana Menteri Brunei, membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Manfaatkan Sains Martabatkan Islam’. Majlis tersebut dirasmikan oleh Sultan Brunei, bertemakan sains dan teknologi pemangkin pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup ummah. Ucapan baginda sultan penuh dengan penegasan dalam melaksanakan Islam tanpa menolak kepentingan sains dan teknologi. Sains dan teknologi akan terus diperkasa menjadikan Brunei negara maju 2035.

Selepas perasmian, Mufti Brunei memberi ucaptama dan sultan turut berada sama dan begitu khusyuk mendengar. Saya tersangat ingin perkara itu berlaku di Malaysia. Ucapan mufti begitu bernas dan tegas di hadapan pemimpin tertinggi negara itu. Sains dan teknologi mesti berpandukan iman dan takwa. Secara tegas dan berani ucapan itu dituju kepada pemimpin negara. Soal syurga, neraka dan balasan akhirat dibangkitkan jika pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Walaupun fokus utama mengenai kepentingan institusi sedekah, tetapi isinya tidak lari daripada mengingatkan pemimpin negara, secara terang dan berani.

Apakah kita di sini (Malaysia) ada keberanian seperti itu? Setakat yang saya lihat, tidak ramai kalangan kita yang berani menegur pemerintah, meskipun secara berhikmah. Yang banyak adalah ucapan memuji dan membodek pemimpin untuk kekal kuasa, dapat kuasa dan habuan yang lain.

Bilakah negara kita ingin mencontohi Brunei? Semua pemimpinnya mahukan Islam, dan yakin dengan hukum ALLAH yang mesti ditegakkan. Saya akur, negara kita bukan Brunei. Bukan Islam hampir separuh. Tetapi, sekurang-kurangnya mulakanlah dengan melaksanakan cara hidup beragama, kalaupun tidak mahu nama Islam itu ditonjolkan.? Misalnya, budaya dan tatacara berada di dalam pesawat. Berada di dalam Royal Brunei Airlines (RBA), seolah-olah begitu yakin berada di udara, ALLAH bersama kita. Dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan salam yang begitu indah.? Anak-anak kapal begitu bersopan dan manis sekali. Pakaiannya menutup aurat. Makanannya semua halal. Tidak ada arak dan benda haram yang lain.? RBA tetap penuh dengan penumpang tempatan dan asing. Brunei terus menjadi tumpuan pelancong. Tidak timbul soal laksanakan Islam, pelancong lari dari Brunei. Semakin ramai ada.? Inilah rahmat ALLAH yang mesti kita yakini. Apakah benar kata-kata jika arak tidak dihidangkan di dalam pesawat, pelancong akan lari. Bukankah pelancong sudah bermandikan arak di negara mereka sendiri? Paling saya bimbang, yang suka arak bukan pelancong, tetapi kita.

Lagi pula, arak kita tidaklah sebaik arak mereka. Arak yang dihidangkan itu pun jenama negara mereka juga. Kenapa kita takut untuk melaksanakan nilai-nilai murni dan adab sopan beragama di dalam sebuah negara yang kita isytihar sebagai negara Islam? Benar, negara Brunei adalah hampir seratus peratus Islam. Maka mudahlah bagi mereka melaksanakan hukum Islam.? Paling tidak pun mulakanlah dengan melaksanakan nilai-nilai agama. Saya amat yakin, semua nilai baik Islam sesuai dan akan diterima oleh agama lain. Pokoknya kita mesti ada keberanian. Malangnya dalam perkara sekecil adab-adab di dalam pesawat pun kita tidak pernah berasa untuk melaksanakannya. Apakah pengajaran MH17 dan MH370 masih belum cukup lagi?

Ini belum termasuk isu-isu besar lain seperti zina, judi, hubungan sejenis, seks bebas, rasuah dan sebagainya. Saya tidak nafikan, hukuman itu telah ada.? Tetapi perlaksanaan masih tidak mencukupi. Kita terlalu takut kepada gerakan hak asasi manusia. Kenapa hak ALLAH tidak mahu dijaga? Bukankah orang bukan Islam juga mahu berkongsi ALLAH? Jadi, apa masalah melaksanakan hak ALLAH?

Contoh kecil lain, adab berpakaian sopan. Pergilah ke jabatan kerajaan yang selalu menjadi tumpuan, seperti Jabatan Pendaftaran Negara, imigresen, polis dan sebagainya. Mesti ada notis ditampal mengatakan adab berpakaian bila berurusan. Peliknya, kita masih melayan pelanggan yang memakai seluar sejengkal panjangnya, sehingga sudah nampak.

Justeru, nasihat saya, sebelum bala ALLAH menimpa, mulakanlah dengan melaksanakan nilai-nilai murni agama. Usah pedulikan mereka yang tidak mahu masuk syurga. Mereka ini tajaan barat untuk menghancurkan umat Islam di negara kita.

Lakukanlah seperti apa yang Brunei lakukan. Baginda sultan tidak pernah ambil kisah apa masyarakat antarabangsa atau hak asasi manusia akan kata. Paling penting bagi baginda adalah mencari reda ALLAH dan mengelakkan azab-Nya yang amat pedih. Berhijrahlah sebelum terlambat.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/contohi-dan-ikutilah-brunei-1.329836

 

Anak bulan Syawal 1435H/2014M tidak nampak dilihat

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=HNUGTNVRUPo[/youtube]

Umat Islam di Brunei akan puasa sehari lagi dan menyambut Hariraya Aidifitri pada hari Selasa, 29hb Julai 20014 disebabkan anak bulan Syawal 1435H tidak nampak dilihat. Sementara itu anak bulan Syawal juga TIDAK NAMPAK dilihat di Malaysia, Singapore dan Indonesia dan tetap akan menyambut Hariraya Aidilfitri pada hari Isnin, 28hb Julai 2014 berdasarkan IMKANUR RUKYAH yang telah dipersetujui anggota MABIMS. Arab Saudi juga akan menyambut Hariraya Aidilfitri pada hari Isnin, 28hb Julai disebabkan anak bulan Syawal tidak nampak dilihat pada hari Sabtu, 26hb Julai 2014. Kebanyakan negara didunia mengikut Arab Saudi merayakan Aidilfitri.

Sumber: http://www.moonsighting.com/1435shw.html, http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/hari-raya-to-fall-on/1282982.html

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DISAMBUT MERIAH DAN KESYUKURAN

MENYEMBAHKAN rasa syukur dan taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun.

Alhamdulillah, pada tahun ini Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun diadakan dalam bulan penuh berkat iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak.

Walau bagaimanapun inisiatif sambutan perayaan ini juga tetap diteruskan dengan berlangsungnya pada awal pagi hari Selasa, 15 Julai 2014, acara Tembakan Meriam sebanyak 21 das berdekatan dengan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (BSB).

Program dan atur cara lain yang akan mengambil tempat di seluruh negara juga adalah seperti Majlis Doa Kesyukuran di masjid, surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara dengan penumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong sebagai tanda bermulanya Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-68, tahun ini.

Selain itu, Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, BSB bermula pada 1 Ogos 2014 sehinggalah pada 31 Ogos 2014 tahun ini sebagai tanda bermulanya aktiviti-aktivti perayaan tersebut.

Setiap rakyat dan penduduk di negara ini turut merafakkan rasa syukur dengan menaikkan bendera masing-masing di rumah-rumah kediaman mereka dan bagi jabatan-jabatan kerajaan dan swasta juga tidak ketinggalan menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam.

Pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan persendirian turut disaksikan di mana-mana kawasan sama ada di lingkungan BSB mahupun di keempat-empat daerah di negara ini. Suasana seperti ini akan memeriahkan lagi sepanjang malam hari sambutan perayaan berlangsung nanti.

Juga diadakan Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Cenderamata kepada Anak-Anak Damit yang dilahirkan pada 15 Julai 2014 Sempena Sambutan Perayaan UlangTahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun di keempat-empat daerah, Majlis Khatam Al-Qur’an 68 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara di Istana Nurul Iman.

Istiadat Perbarisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, BSB; Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman; Majlis Santap Malam di Istana Nurul Iman dan akhir sekali Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di keempat-empat daerah yang sudah pasti dinanti-nantikan oleh semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

Dengan adanya pelbagai program dan atur cara ini kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini merafakkan sembah dan bersyukur atas kepimpinan Raja yang kita kasihi dan sayangi dengan menunjukkan kasih dan sayang kita berpartisipasi dalam mana-mana program dan atur cara yang dilaksanakan. ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’.

Sumber: Pelita Brunei.

MUNAJAT NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Julai. – Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Majlis ‘MUNAJAT NEGARA Membaca Surah Yaa Siin dan Sembahyang Sunat Hajat bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk rakyat dan Negara Palestin daripada angkara keganasan dan kezaliman musuh’ di semua masjid, surau dan balai ibadat di negara ini.

Majlis Munajat tersebut akan diadakan di masjid-masjid utama di seluruh negara.
Bagi Daerah Brunei dan Muara majlis tersebut akan diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong; Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Al-Ameerah Al-Hajah Mariam, Kampung Jerudong; Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan, Kampung Lambak Kanan.
Sementara itu, bagi Daerah Belait majlis akan diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Pekan Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan dan Masjid Pekan Seria.
Bagi Daerah Tutong ia akan dilangsungkan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, sementara di Daerah Temburong akan diadakan Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.
Antara acara pada majlis tersebut ialah membaca Surah Yaa Siin, Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan membaca Doa Hajat.

 

IMG-20140713-WA0017

DOWNLOAD MEMO

IMG-20140713-WA0019